Thursday, October 8, 2009

TAHNIAH UNIVERSITI MALAYA!!


Hari ini adalah hari yang cukup menggembirakan bagi warga Universiti Malaya kerana baru sahaja diumumkan menduduki tangga ke-180 dalam ranking universiti dunia yang dikeluarkan oleh Times Higher Education-QS World University Rankings(THES-QS).Berita ini adalah sesuatu yang amat membanggakan warga kampus kerana tahun sebelumnya UM menduduki tangga ke-230.Lonjakan sebanyak 50 anak tangga ini membuktikan bahawa segala usaha yang dicurahkan selama ini membuahkan hasil.Hal ini membuktikan UM masih lagi mengungguli universiti-universiti lain di Malaysia.
Di sini SPKUM merakamkan ucapan tahniah pertama-tama sekali kepada Ayahanda Prof. Datuk Dr.Ghauth Jasmon selaku Naib Canselor UM kerana telah bertungkus-lumus dalam menaikkan serta memartabatkan UM di mata dunia.Tema peneraju dalam penyelidikan dan inovasi(leader in research & innovation) yang dicanang selama ini telah berjaya direalisasikan.Tidak lupa juga kepada pihak pentadbiran universiti,HEPA,bahagian PTj,fakulti/akademi/pusat,pensyarah-pensyarah,staf bukan akademik dan seterusnya para mahasiswa yang telah bekerja keras dalam mengharumkan nama UM.Semoga kejayaan ini bertambah baik serta berterusan sampai bila-bila.Jika usaha murni ini dipertingkatkan,SPKUM percaya suatu hari nanti UM akan menduduki tangga 50 teratas pula.Semua warga kampus juga harus memainkan peranan dalam mengekalkan prestasi yang terbaik.Anggaplah segala cabaran dan rintangan yang berlaku sebelum ini sebagai suatu dugaan.

Akhir kata,tahniah Universiti Malaya!!

MAHASISWA PENGGERAK MASYARAKAT

2 comments:

  1. tahniah pada UM...tetapi maafkan saya krana sya mempunyai pandangan sedikit berbeza. kejayaan ini boleh dianggap sebagai kejayaan jangka msa pendek, tetapi pda jngka msa pjg, masih kabur.
    sebb sya brkata demikian, antara faktor yang membolehkan kita meningkatkan ranking adalah kerana UM memiliki antara yang teramai pensyarah luar negara dan hasil kajian banyak di lakukan oleh pensyarah luar negara. meraka hanya pkerja contract dan lepas habis contract, mereka akan kembali(jika tak disambung).
    jika dbandingkan dngan uni lain, mereka sdng memnyediakan pnsyarah tempatan yg sgt berkualiti, jika UM masih mengharapkan pda pnsyarah/pelajar luar negara, tak mustahil kita akan jatuh kembali..
    oleh itu, ayuh kita sebagai anak tempatan memperkukuhkan institusi akademik kita untuk memastikan UM terus maju ke hadapan

    ReplyDelete