Oleh yang demikian,pihak SPKUM melihat pengurusan kolej kediaman mempunyai hanya dua pilihan,iaitu menutup dewan makan atau menaikkan harga yuran kolej.Kedua-dua pilihan yang ada ini dilihat semestinya akan membebankan mahasiswa terutamanya yang kurang berada.Di peringkat mahasiswa pula,ada yang menyokong dewan makan ditutup dan ada juga yang menentang.Pihak SPKUM telah pun mengadakan beberapa siri mesyuarat sebelum ini bagi membincangkan isu ini dan hasil keputusannya suatu kaji selidik akan dijalankan bagi mendapat respon daripada mahasiswa samada mereka bersetuju untuk menutup dewan makan atau tidak.Sehingga hari ini,kaji selidik masih lagi dilakukan dan proses menyempurnakan data mengenai hasil kajian sedang giat dijalankan.Untuk pengetahuan semua,suatu perjumpaan bersama Ayahanda TNC HEPA akan dilakukan dalam masa terdekat ini bagi menyerahkan hasil kajian borang soal selidik beserta data.Menurut Jurucakap SPKUM dan juga Presiden KK11,saudara Fahmi bin Adilah berkata,"isu ini tidak harus dilihat siapakah yang menjuarai isu.Soal yang berbangkit adalah rintihan mahasiswa yang menetap di kolej kediaman yang harus diutamakan." Pihak SPKUM akan berusaha melakukan yang terbaik bagi menyelesaikan permasalahan ini yang dilihat menghantui penghuni di kolej kediaman.Kami juga memikirkan nasib para pekerja dewan makan yang kemungkinan akan kehilangan mata pencarian jika dewan makan ditutup.Kami berharap apa jua keputusan yang diambil tidak akan sama sekali membebankan mahasiswa.Juga diharapkan isu ini tidak diperbesarkan kerana ruang untuk mahasiswa menyelesaikan permasalahan ini sentiasa terbuka.
MAHASISWA PENGGERAK MASYARAKAT
Selamat sejahtera,
ReplyDeleteSaya penghuni & senior KK9. Isu ini memang memerlukan kajian yang agak memakan masa dan melibatkan banyak pihak. Saya diberitahu dulu bahawa Universiti ini adalah suatu tempat yang kita dapat banyak 'soft skill' seperti cara berkomunikasi dengan orang lain yang datang daripada latar belakang yang berbeza, berpeluang untuk mengadakan aktiviti yang sihat dan berfaedah, dan saya rasa yang paling penting dalam 'soft skill' adalah sedia memaafkan dan lain-lain. Ok, saya berpendapat sedemikian kerana saya memang belajar kemahiran2 tersebut daripada rakan2 sebaya dan senior2 saya di kolej kediaman @ dewan makan. Kami akan menjalankan segala persiapan dan gerak kerja projek di dewan. Kami berpeluang beramah mesra dengan hampir semua penghuni di dewan makan. Kawan2, bayangkan kalau dewan makan deberhentikan perkhidmatan dan apa yang akan terjadi dengannya yang selalu penuh dengan kegembiraan, kesedihan, kemeriahan, keharmonian... Dengan satu keputusan daripada pihak atasan, setiap detik yang penghuni dapat belajar telah lesap di dewan makan ini. Kesannya, setiap projek kolej akan dianjurkan oleh muka2 senior & junior yang sama kerana mereka tak dapat mengenali keupayaan orang lain dan tak dapat memperkembangkan lagi 'social network' serta kualiti projek kolej akan menurun. Ia akan menimbulkan satu isu yang lain iaitu, pihak kolej memilih kasih dan tidak memberi peluang kepada yang lain.
Point kedua dalam komen ini adalah masalah daripada penghuni. Saya berasa mereka tidak bersyukur dan empati kepada pihak Uni yang banyak memberi subsidi kepada pelajar warga Malaysia. Mereka hanya tahu memberi kritikan dan tidak memberi cadangan. Mereka selalu kata makanan tak berkualiti, keadaan penginapan teruk, kemudahan kolej tidak setimpal dengan bayaran yang dibuat dll. Nama dah Kolej Kediaman @ Asrama. Inilah peluang kita perlu belajar segala sebelum menjejak ke dunia realiti. Uni sama sekali dengan PRA-MASYARAKAT. Ada segelintir pelajar rela membeli makanan di luar sebab mereka tidak biasa makan makanan kaum lain. Isu perkauman telah ditanam dalam minda mereka secara langsungnya. Sementara itu, ada sekumpulan pelajar pula mengadu bahawa mereka bayar yuran makanan tetapi staf kolej mengambil makanan pelajar. Staf kolej juga manusia biasa seperti pelajar Uni. Mereka bekerja keras dengan pihak pentadbir kolej untuk mendapatkan lebih banyak 'PROFIT' adalah untuk kebaikan penghuni.
Akhir kata, saya rasa dewan makan harus diteruskan dan BLOG yang sangat berinformatif ini harus diperkenalkan kepada semua warga UM.
Terima Kasih!
Assalamualaikum.... Perlu diberi perhatian serius....
ReplyDelete