Monday, October 5, 2009

Majlis Dialog & Ramah Mesra SPKUM-JKPPUMT


Pada 2 Oktober 2009 pihak Sekretariat Presiden Kolej-Kolej Kediaman Universiti Malaya(SPKUM) telah menerima kunjungan daripada Jawatankuasa Kebajikan dan Penginapan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu(JKPPUMT)untuk Majlis Dialog dan Ramah Mesra. Majlis dialog dan ramah mesra tersebut telah diadakan di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah(KK12). Antara ahli SPKUM yang hadir untuk menyambut delegasi JKPPUMT adalah saudara Fahmi(Speaker SPKUM/Pres. KK11), Saudara Farid ( Pres. KK12), Saudara Amirul Aizat (Pres. KK1), Saudara Aiman (Pres. KK4), Saudara Sopian ( Pres. KK10), Saudara Shahril(Pres. KK7). Turut hadir juga dalam majlis tersebut beberapa barisan JTK/JIK Kolej Kediaman.

Seramai 30 orang ahli JKPP UMT yang diketuai oleh saudara Harith selaku Timbalan JKPP UMT yang hadir dalam majlis dialog dan ramah mesra tersebut. Pihak SPKUM sangat berbesar hati menerima kunjungan daripada delegasi JKPPUMT tersebut dan berasa bangga kerana memilih Universiti Malaya sebagai salah satu daripada destinasi untuk berdialog dan ramah mesra. SPKUM dimaklumkan bahawa JKPPUMT turut melawat Universiti Putra Malaysia(UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM).

Majlis yang bermula pada jam 9 pagi telah dipengerusikan oleh Saudara Farid selaku tuan rumah majlis tersebut. Beliau secara ringkas telah menerangkan peranan Jawatankuasa Tindakan Kolej(JTK) dalam memperjuangkan kebajikan mahasiswa/i di peringkat kolej-kolej kediaman Universiti Malaya. Dalam kesempatan itu juga, Saudara Fahmi memperkenalkan fungsi SPKUM yang ditubuhkan sebagai medium untuk menyatukan suara presiden kolej-kolej kediaman menyelesaikan masalah mahasiswa/i dari peringkat akar umbi ke pihak pentadbiran kolej dan universiti.

gambar kenangan antara SPKUM dan JKPPUMT
di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah, UM.

semasa sesi dialog dan ramah mesra
di bilik mesyuarat, kk12.

Dalam majlis dialog dan ramah mesra tersebut, beberapa idea,masalah,isu turut dikongsi dan dibincangkan bersama. Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai sistem 'e-voting' yang dilaksanakan untuk sistem pilihanraya kampus. Untuk makluman, sistem e-voting telah digunapakai di UMT semenjak universiti tersebut dinaiktaraf sebagai universiti awam di Malaysia. Pihak JKPPUMT sangat berpuas hati dengan perlaksanaan sistem e-voting yang selama ini dilaksanakan di universiti mereka. Walaupun sesetengah pihak berpendapat bahawa sistem ini menelan kos yang agak tinggi, tetapi sistem ini sangat baik untuk mengurangkan bebanan tenaga kerja dan mempercepatkan keputusan pilihanraya diumumkan. Kos percetakan untuk menyediakan kertas undi juga tidak diperlukan lagi jika sistem ini digunapakai. Tidak timbul soal membazir dalam perlaksanaan sistem 'e-voting' ini yang mempunyai kelebihan jangka masa panjang.

Turut dikongsi adalah sistem merit yang digunakan di kolej-kolej kediaman UM sebagai syarat untuk memohon menginap di kolej-kolej kediaman. Sistem ini adalah seperti sistem 'smart card' yang digunakan di UKM. Pihak JKPPUMT melahirkan rasa bangga dengan penganjuran projek di bawah JTK/JIK kolej kediaman kerana mendapat tajaan daripada beberapa agensi dan badan korporat. Delegasi UM dan UMT yang hadir juga bersetuju bahawa projek-projek yang dijalankan penting untuk memberi peluang kepada mahasiswa/i menerapkan kemahiran insaniah dan pengalaman dalam pengurusan sebelum masuk ke alam pekerjaan.

Pihak SPKUM sempat untuk membawa delegasi UMT yang hadir ke Muzium Asia Seni, Universiti Malaya untuk meninjau pameran bom atom, Tragedi Hiroshima dan Nagasaki. Kesan peninggalan sejarah peperangan tersebut sedikit sebanyak menyentuh perasaan kami dan menyokong slogan keamanan untuk semua.

Secara keseluruhan, pihak SPKUM sangat berbesar hati atas kesudian JKPPUMT hadir ke majlis dialog dan ramah mesra tersebut yang bertempat di KK12, UM. Semoga hubungan diantara mahasiswa/i dua buah universiti ini terus erat dan berkekalan. SPKUM juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan terlibat dalam majlis tersebut terutamanya kepada barisan JTK/JIK KK12 selaku tuan rumah majlis dialog serta ramah mesra tersebut.


Sedang berjalan menuju ke Muzium Seni Asia,
Universiti Malaya.

Saudara Harith sedang khusyuk menerangkan sesuatu.

Bergambar kenangan di hadapan
Muzium Seni Asia, Universiti Malaya.

dari kiri: Fahmi, Harith, Amirul dan Farid.

"MAHASISWA PENGGERAK MASYARAKAT"



No comments:

Post a Comment