Friday, January 29, 2010

Pro-Aspirasi rampas semula Universiti Malaya

Kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) hilang penguasaan di Universiti Malaya (UM) apabila tewas di tangan musuh tradisinya pro-Aspirasi (pro-A) dalam pilihan raya kampus universiti berkenaan hari ini.

Bagaimanapun, kekalahan tipis kumpulan itu akibat kemerosotan penguasaan kerusinya daripada 19 pada tahun lalu kepada 17 pada tahun ini.

Manakala pro-A - dikenali juga sebagai Penggerak Mahasiswa - hanya menambah 1 kerusi sahaja daripada 20 kepada 21 pada tahun ini.

Calon bebas pula mendapat tambahan kerusi daripada 2 kepada 3 pada tahun ini.

UM me
mpertandingan 41 kerusi - 32 fakulti dan 9 umum - dalam pilihan raya kampusnya kali ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Naib Canselor Prof Datuk Ghauth Jasmon di Dewan Tunku Canselor kira-kira jam 7 petang tadi.

Jawatankuasa pemilihan kampus membenarkan peluang kepada calon yang bertanding untuk membuat rayuan.

Hari ini, tiga kampu
s utama - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - turut mengadakan pilihan raya kampusnya

Keputusannya dijangka diperolehi lewat malam ini.

Kelmarin, pro-M turut tewas dalam pilihan raya kampus di Universiti Putra Malaysia (UPM).-www.malaysiakini.com

Tuesday, January 19, 2010

IPT disaran tubuh Parlimen Mahasiswa

KOTA KINABALU 18 Jan. – Institusi pengajian tinggi tempatan disaran menubuhkan Parlimen Mahasiswa sebagai platform untuk golongan itu mengutarakan pandangan berhubung isu-isu semasa dan berkaitan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sebagai landasan terbaik untuk mahasiswa bersuara, setiap universiti perlu mempunyai model Parlimen Mahasiswa sendiri.

“Setakat ini, belum ada yang menubuhkan Parlimen Mahasiswa, tetapi beberapa buah universiti diketahui dalam proses ke arah itu.

“Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan yang pertama akan melancarkan Parlimen Mahasiswa pada Februari ini,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Wacana Ilmu Ke Arah Pemantapan Pelajar di Dewan Teater Tun Hamdan, Yayasan Sabah di sini hari ini.

Menurutnya, sebelum ini, proses menyalurkan pendapat dilakukan melalui Majlis Perwakilan Pelajar atau persatuan, tetapi ia kurang berkesan dalam mewakili suara mahasiswa.

Sementara itu, Saifuddin turut meminta pihak pentadbiran universiti agar tidak memperlekeh dan mengetepikan pandangan mahasiswa berhubung sesuatu isu kerana ia boleh menyekat budaya intelektualisme.

Beliau berkata, tindakan itu juga akan mengekang usaha menyuburkan minda dan memberi pendedahan kepada mahasiswa agar lebih berani bersuara.

“Perkara ini perlu dihentikan. Kita tidak mahu mahasiswa berasa dikongkong, diperkecil atau dianggap seperti budak-budak.

“Kita mesti mengiktiraf suara mereka,” katanya.

Saifuddin berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai tindakan segelintir pemimpin dan pensyarah universiti yang mengeluarkan kenyataan berunsur memperlekehkan pandangan mahasiswa.

Katanya, golongan mahasiswa seharusnya diberi pendedahan dan peranan untuk mengemuka idea-idea baru.

Mengenai rancangan untuk menaik taraf tiga daripada 32 politeknik di seluruh negara menjadi universiti pada tahun ini, beliau memberitahu, perkara itu masih dalam proses pemilihan.

Wednesday, January 6, 2010

MENJAWAB ISU KRONISME DI ZA'BA


Assalamualaikum dan selamat sejahtera…
pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menulis artikel ini. Namun, amat mendukacitakan saya kerana masih ada segelintir insan yang bergelar manusia di luar sana cuba untuk menjadi dalang atau balaci semata-mata untuk memburukkan nama orang lain malah universiti yang saya cintai selama ini. Oleh itu, sememangnya dengan niat yang murni menjadi tugas saya sebagai Presiden Kolej Za’ba untuk menjelaskan situasi yang cuba digembar-gemburkan oleh pihak tertentu berdasarkan bacaan artikel di atas.
Saya harap penerangan ini mampu membuka minda mereka2 yang terlibat itu agar diberikan petunjuk dan hidayah ke arah kebenaran..

Yang pertama sekali berkaitan dgn isu penyalahgunaan wang perbendaharaan kolej. Pihak saya berserta rakan2 JIK JTK yg lain telah mengadakan perjumpaan secara terus bersama barisan pihak pentadbiran berkaitan isu ini. Isu ini telah dibincangkan bersama tanpa sebarang selindung sekalipun.

Perkara yang paling menyedihkan apabila pengetua kolej dan penyelia kesayangan saya difitnah demi kepentingan diri sendiri menghasut org lain.
Untuk pengetahuan para pembaca di luar sana, pengetua bersama para penyelia kami telah menjalani bengkel pengurusan di Sabah. Namun, dana yang digunakan bukanlah daripada dana khas untuk OKU tetapi menggunakan dana yang dikhaskan untuk pengurusan kolej.

Sememangnya mustahil untuk mengambil dana khas yang diperuntukkan kepada OKU. Tidak dinafikan bahawa mahasiswa OKU telah ditempatkan di Kolej Za’ba. Namun, segala dana khas yang diperuntukkan kepada mereka adalah daripada pihak Kementerian yg disalurkan terus kepada pihak tertinggi UM. Dana ini tidak boleh dikeluarkan sesuka hati tanpa perstujuan dari kementerian dan pihak pengurusan UM. Mana mungkin barisan pentadbiran Za’ba dengan sewenang-wenangnya memohon pengeluaran dana tersebut sesuka hati untuk bengkel tersebut kerana perkara ini tidak akan diluluskan oleh kementerian sekiranya tidak ada kaitan dengan kebajikan pelajar OKU.

Menyentuh berkaitan harga bilik pula, saya dimaklumkan bahawa harga bilik itu adalah sangat mahal berbanding dengan harga asal yg mereka ambil. Propaganda ini sengaja diwujud-wujudkan demi menambahkan lagi keraguan penyalahgunaan dana khas tersebut. Sememangnya mustahil untuk menyewa bilik dengan kadar bayaran semahal itu.

Pengetua kolej dan penyelia saya telah mnggunakan peruntukan sendiri masing2 untuk anak dan suami mereka. Mereka telah menggunakan elaun yang diberikan tanpa membabitkan sebarang peruntukan dana khas OKU.

Tambahan pula, slip penginapan hotel yang ditunjukkan di dalam gambar dia atas adalah tidak sah. Slip ini adalah berbeza daripada slip yang original yang sepatutnya dikeluarkan oleh pihak hotel. Pihak hotel sememangnya tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan slip penginapan ini sesuka hati tanpa pengetahuan pihak yg menempah bilik. Namun, ada segelintir insan yg seperti balaci cuba mencetuskan propaganda dgn menunjukkan slip palsu tersebut. Slip ini tidak langsung menunjukkan tarikh penginapan dan nama bilik yang mereka menginap. nah, perkara ini sudah terang lagi bersuluh menunjukkan betapa kenyataan di dlm artikel ini adalah palsu belaka.

Saya amat sedih kerana ada sebilangan masyarakat yg berhati busuk cuba untuk merosakkan keharmonian kehidupan warga za’ba bersama Pengetua kolej yg disayangi. Selaku Presiden kolej saya lebih tahu betapa Professor Madya Dr. Mohd Salleh Aman telah banyak membantu dlm memastikan kebajikan mahasiswa OKU di Kolej ini terus terpelihara.

Dana khas yg diperuntukkan oleh kementerian telah digunakan secar halal untuk membuat lif bg kegunaan naik ke dewan, pintu automatik bg kemudahan keluar masuk mahasiswa ke lobi pejabat, laluan pejalan kaki bg mahasiswa yg cacat peglihatan, van OKU dan yg paling penting adalah pembinaan Bilik Seri Jati khas untuk kegunaan mahasiswa OKU dlm menjalankan aktiviti mereka. Saya begitu bersyukur kerana kabajikan pelajar OKU terus terpelihara dan pihak pentadbiran kolej bersama barisan JIK JTK telah berusaha lakukan yang terbaik demi keharmonian bersama.

Namun, sememangnya amat menyedihkan kerana masih ada insan yang sentiasa tidak berpuas hati dgn kebahagiaan kami di sini dan cuba mencetuskan suasana tegang. Saya harap, penjelasan ini mampu menbukan minda para pembaca di luar sana. Semoga pengetua kolej dan penyelia tersayang yang telah menjadi mangsa bersabar dengan segala fitnah yg dilemparkan.

Saya mohon agar warga za’ba khasnya dan warga UM khususnya agar tidak mudah terpedaya dgn fitnah dan tipu daya drpd pihak luar. Mungkin, mereka agak terdesak untuk pilihanraya yg akan dtg sehingga sanggup melemparkan fitnah segala bagai sehingga boleh menjatuhkan nama universiti yg terulung ini. Renung-renungkanlah…

Yang Bertanggungjawab,

Shahril Efzueni bin Rozali,
Presiden JTK Kolej Kediaman Za'ba(Ketujuh).

Friday, January 1, 2010

Isu Kenaikan Yuran Kolej Kediaman Kinabalu(Kelapan)


Mengulas lanjut mengenai kenyataan berhubung dengan perkara kenaikan yuran Kolej Kediaman Kelapan, pihak Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) dan Jawatankuasa Induk Kolej(JIK) telah mengenengahkan isu ini terlebih dahulu setelah mendapat banyak aduan daripada penghuni kolej kediaman.


Satu perjumpaan antara pengetua kolej dan Majlis Tertinggi JTK telah diadakan pada 30 Disember 2009 bagi membincangkan isu ini. Hasil perbincangan mendapati terdapat kesilapan teknikal dalam pengiraan jumlah hari pelajar menginap di kolej bagi semester 2. Bilangan minggu yang sepatutnya 7 minggu telah disalahkira menjadi 10 minggu.


Pihak pengurusan kolej telah menetapkan jumlah yuran kolej bagi semester ini adalah RM1260 dan lebihan akan dipulangkan dalam kadar yang segera. Kami pihak JTK telah mengeluarkan notis bagi menjelaskan segala persoalan penghuni kolej kediaman . Jadual tentang kadar caj yuran semester 2 menjelaskan tentang jumlah sebenar yuran penginapan kolej kediaman kinabalu.


Mengulas mengenai kehadiran wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya(MPMUM) dan demonstrasi di kolej kelapan,ketika kehadiran wakil MPMUM tersebut ,Setiausaha JTK kolej kediaman telah menjelaskan mengenai isu tersebut kepada pihak MPMUM tetapi penjelasan tersebut tidak dinyatakan di dalam kenyataan mereka di dalam web Malaysiakini.com dan um-today.com.


Pihak MPMUM seharusnya menggunakan cara yang lebih berhemah sebagai seorang mahasiswa, bukannya dengan cara membuat demonstrasi di kolej kediaman. Tambahan pula, hanya segelintir pelajar yang menyertai demostrasi tersebut dikalangan penghuni kolej kediaman kelapan dan selebihnya merupakan pelajar luar.

Demostrasi ini mengganggu ketenteraman penghuni kolej dan pihak MPMUM tidak mempunyai sebarang surat bertulis hitam putih, yang memberikan mereka kebenaran untuk memasuki pejabat kolej kediaman. Tindakan ini mencerminkan pihak MPMUM tidak professional dalam menyelesaikan masalah mahasiswa.


Akhir kata, pihak pengurusan kolej berharap agar semua penghuni kolej kediaman bersabar dan memberi jaminan bahawa masalah ini akan diselesaikan secepat yang mungkin. Segala kesulitan amatlah dikesali. Moga isu ini tidak menjejaskan pembelajaran anda bagi semester ini. Selamat tahun baru 2010 dan selamat melangkah ke semester baru.


Sekian,terima kasih.


Yang Bertanggungjawab,


Dzul Fahmie bin Abd Rahman,

Presiden JTK Kolej Kediaman Kinabalu(Kelapan).


MAHASISWA PENGGERAK MASYARAKAT