Thursday, December 31, 2009

KURSUS MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN INSANIAH MAHASISWA UM

Pada 26 hingga 28 Disember 2009 yang lalu, telah dilaksanakan KURSUS MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN INSANIAH MAHASISWA anjuran Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni Universiti Malaya, Seksyen Pembangunan Aktiviti Pelajar(Latihan Dan Kepimpinan), di DUSUN ECO RESORT,Bentong,Pahang.Kursus ini dihadiri seramai 29 orang pemimpin pelajar daripada setiap kolej kediaman.
Kursus ini disifatkan sangat bermakna kerana telah memberikan pelbagai input berguna untuk terus memperkasakan kemahiran diri dari sudut kepimpinan.Program selama 3 hari 2 malam ini diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah,LDK,Paintball,aktiviti membuat rakit dan banyak lagi.Antara penceramah yang hadir dalam kursus ini adalah Prof Madya Dr Mohd Sahar Yahya dengan ceramah yang bertajuk ``JATI DIRI MAHASISWA`` seterusnya Encik K. Purniamurthy Ketua Penolong Pendaftar Kanan HEP dan Alumni UM dengan tajuk ``KEPIMPINAN INTELEKTUAL``,Encik Wahid Jais ``MAHASISWA BERTAMADUN``,Encik Hashim Abd Ghani``KEMAHIRAN BERKETERAMPILAN`` serta yang terakhir adalah amanat daripada Prof. Madya Datuk Dr Azarae Hj Idris seterusnya merasmikan kursus ini.

Selain itu, ceramah-ceramah yang telah diberikan merupakan suatu pakej lengkap yang perlu dimiliki oleh setiap kepimpinan.Pemimpin yang kita mahu lahir pada masa hadapan adalah pemimpin yang berfikir secara intelektual tanpa melibatkan emosi yang melampau.Selain itu aktiviti luar seperti paintball dan membuat rakit mendedahkan kepada pemimpin bagaimana strategi dalam menghadapi peperangan serta kemahiran dalam membuat sesuatu perkara.Pengisian di dalam LDK juga dilihat sangat baik untuk memastikan pemimpin mahasiswa ini tidak hanya sekadar lantang bersuara dan petah dalam berkata-kata tetapi juga melaksanakan apa yang mereka ucapkan dan kreatif dalam pemikiran mereka.Mulia manusia kerana berpegang pada janji.
Pemimpin mahasiswa haruslah bersedia membawa perubahan ini untuk memastikan pimpinan akan datang dapat dibentuk dengan lebih inklusif dan mempunyai pakej yang lengkap sebagai pemimpin.Kekuatan mahasiswa ini bukan sekadar lahir di bilik-bilik kuliah tetapi juga lahir dalam setiap perkara dan bidang yang mereka ceburi semasa masih berada di Universiti.Dalam ucapan dan amanat daripada Ayahanda TNC HEPA dalam kursus ini beliau amat menitik beratkan mengenai kemahiran insaniah yang mana kemahiran ini berada dalam diri setiap manusia dan yang membentuk kemahiran ini adalah manusia itu sendiri.Jasad kita bukanlah diri kita yang sebenar tetapi diri kita yang sebenar adalah ruh di dalam diri kita.Begitu juga dengan kejadian manusia percantuman diantara jasad dan roh akan menjadi nyawa yang sangat berharga di dalam kehidupan manusia.

MAHASISWA PENGGERAK MASYARAKAT

Monday, December 21, 2009

NC Pula Jadi Mangsa

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia


Universiti Malaya yang tidak pernah malap dengan isu-isu panas sekali lagi menjadi perhatian dan kali ini melibatkan seorang ahli parlimen (AP) PAS (Parit Buntar), Mujahid Yusuf Rawa yang membuat satu sidang media mengenai hal ini di Parlimen baru-baru ini.

Ini berikutan isu pelantikan profesor dan Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Dr. David Ngo Chek Leng dan Pengarah Pusat Teknologi Maklumat (PTM), Dr. David Asirvatham oleh Naib Canselor (NC) UM, Prof Datuk Dr Gauth Jasmon yang katanya merupakan pelatikan berdasarkan kronisme semata-mata bukan kerana mereka layak.

Tetapi hal ini telah disangkal oleh NC dalam sebuah laporan berita Bernama dengan menyatakan pelantikan mereka telah dipersetujui oleh Lembaga Pengurusan UM. “Beliau pernah berkerja dengan saya di Universiti Multimedia (MMU) dan pernah menjadi dekan fakulti teknologi maklumat selama 6 tahun. Dari segi kelayakan, beliau memang cemerlang,” katanya.


Selain itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Hou Kok Chung berkata, “Kalau ada MP (Member of Parliament) menyatakan tidak ada temuduga, itu semua tidak betul,” .

Tahun lepas, Timbalan Naib Cancelor (TNC) Hal Ehwal Pelajar & Alumni dituduh mengamalkan rasuah serta penyebaran fitnah ini turut berleluasa hinggakan berlanjutan ke waktu Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (PMPM) hingga memaksa TNC turun padang untuk menerangkan dan menjelaskan hal sebenarnya.

Tetapi pada kali ini, agenda ‘mereka’ sudah berpaling ke arah NC kerana beliau dikatakan antara yang begitu kuat menyokong pelaksanaan e-undi atau e-voting untuk pelaksanaan PMPM pada tahun ini.

Tindakan yang didalangi oleh sesetengah pelajar UM yang berjawatan tinggi dalam MPMUM sendiri menunjukkan yang mereka tidak tahu menggunakan saluran yang betul untuk menegur jika ada sesuatu yang salah.

Hal rumah tangga kita (UM), seharusnya diselesaikan di antara kita sahaja kerana kita mampu melakukannya tanpa melibatkan sebarang campur tangan luar terutamanya parti politik yang tidak sepatutnya mencampuri hal pentadbiran universiti.

Saya yakin dan percaya, hal yang ditimbulkan ini bakal menjadi batu loncatan kepada pihak sana sekaligus menjadi isu fitnah seterusnya sempenah PMPM yang bakal menjelang semester akan datang.

Mahasiswa perlu jelas tindakan yang diambil oleh sesetengah pimpinan mahasiswa ini jelas memalukan nama baik universiti kita yang juga universiti perdana dalam negara.

Kita seharusnya bersyukur kerana NC yang telah banyak berusaha menaikkan ranking UM hingga ke tangga 180 dalam THES-QS menarik beberapa tokoh yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing untuk berkhidmat di UM.

Jika ditanya kepada beberapa mahasiswa MMU, mereka cukup terkilan apabila perpindahan beberapa tokoh yang terbaik di MMU telah dikritik hebat oleh pelajar UM sendiri.

Sebagai seorang pemimpin dalam universiti kita, kita seharusnya menyokong tindakan NC kita selagi mana ia tidak membawa kemudaratan kepada kita malah tindakan ini sebenarnya akan membawa faedah yang besar pada kita sebagai mahasiswa UM.

Kita mohon pihak yang menuduh agar menyiarkan bukti-bukti jika pengamalan kronisme itu benar-benar diamalkan dan berharap Lembaga Universiti dapat menjawab isu ini sebelum ia berlarutan lebih teruk.

Sebelum sebarang bukti berjaya dilampirkan, saya mengharapkan mahasiswa UM untuk menolak mentah-mentah sebarang khabar angin yang dilemparkan tidak kira kepada sesiapa pun bagi menunjukkan sokongan yang kita sebagai mahasiswa intelek tidak mudah terpedaya dengan fitnah-fitnah seperti ini.

Selain itu, kita juga mengharapkan pihak yang berkenaan agar tidak menyalahgunakan pihak ketiga seperti media ataupun menggunakan AP dan sebagainya kerana sebagai pimpinan tertinggi mahasiswa UM, anda mempunyai banyak saluran dan cara untuk berinteraksi dalam universiti bagi memperoleh maklumat yang dikehendaki.

Jangan kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar.

Jangan kerana perbuatan sumbang beberapa orang ini, habis nama UM ini tercemar dan dicemuh oleh pihak lain.

Oleh itu, mari sama-sama kita kembali bersatu hati untuk terus menaikkan nama UM dan jika benar ada keraguan mahupun salah dan silap di peringkat dalaman, kita selesaikan secara dalaman tanpa mendedahkan pekung di dada.

Akhir kata, sebagai mahasiswa yang intelek, kita sepatutnya sudah boleh membezakan yang mana kaca mahupun intan agar kita tidak terus diperbodohkan dan sempena PMPM yang akan datang, pilih pemimpin yang boleh membawa isu kebajikan dan isu yang relevan berkenaan mahasiswa, bukan pemimpin yang hanya tahu bercakap tetapi bukan untuk mahasiswa.

UM is ONE! Towards 1Malaysia!

Hasil Nukilan,

Muhammad Hafizzuddin,

JIK Kolej Kediaman Pertama 09/10,

Mantan Presiden JTK Kolej Kediaman Pertama 08/09.

Monday, December 7, 2009

SPKUM di Seminar "Memperkasakan Institusi Parlimen"

Seminar sempena JUBLI EMAS PARLIMEN MALAYSIA "Memperkasakan Institusi Parlimen" anjuran Commonwealth Parlimentary Association(Cawangan Malaysia) dengan kerjasama pusat pengajian kemasyarakatan ,Universiti Sains Malaysia telah berlangsung di Hotel Royale Chulan Kualal Lumpur pada 6 Disember 2009.Bersama Tun Musa Hitam(bekas Timbalan Perdana Menteri)

Delegasi SPKUM(Sekretariat Presiden Kolej-Kolej Kediaman) seramai 6 orang telah berpeluang untuk menghadiri seminar yang telah diadakan ini.Ucapan perasmian oleh YB TAN SRI DATUK SERI UTAMA PANDIKAR AMIN HJ.MULIA iaitu Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menyentuh mengenai aspek peranan speaker serta budaya di dalam parlimen malaysia.Sikap anggota parlimen di luar dewan dan di dalam dewan perbahasan sememangnya sangat berbeza kerana mereka menjadikan dewan parlimen yang mulia ini sebagai satu medan untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya dilemparkan oleh ahli-ahli parlimen.

ucapan alu-aluan oleh YB TUAN HJ FADILLAH YUSOF iaitu Timbalan Menteri Sains ,Teknologi dan Inovasi yang menceritakan mengenai sejarah parlimen iaitu Mesyuarat pertama,penggal pertama parlimen persekutuan tanah melayu yang pertama telah diadakan pada 11 september 1959.Buat pertama kalinya ,kedua-dua Dewan Negara dan Dewan Rakyat telah bersidang serentak pada hari itu dan berlangsung di DEWAN TUNKU ABDUL RAHMAN yang sekarang dikenali sebagai Pusat Perlancongan Malaysia(MATIC).Pada 16 september 1963 sabah,sarawak,singapura telah bergabung dengan persekutuan tanah melayu untuk membentuk persekutuan malaysia(Federation of Malaysia).Tahun itu juga melihat parlimen telah berpindah ke bagunan parlimen yang menjadi lambang sistem demokrasi di Malaysia.

Seminar ini diadakan dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.sidang pertama yang bertajuk RAKYAT DAN KERAJAAN :DIMANA PARLIMEN? menyaksikan barisan ahli panel yang hebat iaitu Y.A. Bhg TUN MUSA HITAM dengan tajuk sejarah pembentukan parlimen,Y.B DR TAN SENG GIAW(Ahli Parlimen Kepong)dengan tajuk perbandingan pengalaman dahulu dan sekarang,PROFESOR EMIRITUS DATUK SHAD SALEEM FARUQI(UITM) dengan tajuk parlimen sebagai penggubal undang-undang,dan PROFESOR AHMAD ATORI HUSSEIN(USM) dengan tajuk keberkesanan parlimen dalam penggubalan dasar manakala Y.B DATUK RONALD KIANDEE(Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat) selaku moderator pada sesi ini.

pada sesi kedua iaitu sesi petang tajuk yang dibincangkan ialah PARLIMEN MILIK SIAPA? dengan barisan ahli panel DR JOSEPH M. FERNANDO(UM) dengan tajuk cabaran dan masa depan parlimen,PROFESOR MUSTAFAR ISHAK(UUM) dengan tajuk mentransformasi institusi parlimen untuk masa depan,Y.B DATUKABDUL RAHMAN DAHLAN (Ahli Parlimen Kota Belud) dengan tajuk mengarus perdana institusi parlimen dan Y.B TEO NIE CHING(Ahli Parlimen Serdang) dengan tajuk memperteguh keyakinan rakyat terhadap parlimen manakala CHARLES MOHAN(NTV7) sebagai moderator.
Bersama ahli-ahli Parlimen

Delegasi SPKUM telah menggunakan peluang dan kesempatan ini untuk beramah mesra bersama dengan ahli-ahli parlimen yang hadir dengan memberikan pendapat dan pandangan mengenai insitusi parlimen di Malaysia.Seminar yang diadakan ini dilihat sebagai satu perkara yang harus mendapat pujian yang mana proses demokrasi di negara kita makin subur dan matang serta tidak kira daripada pihak kerajaan atau pembangkang sama-sama mengembeleng idea dan pemikiran untuk memperkasakan institusi parlimen di negara kita.

SPKUM akan menggunakan ilmu dan pengalaman daripada seminar ini sebagai satu medan dan platform sebagai mahasiswa yang dewasa untuk terus memartabatkan Universiti seterusnya memartabatkan negara Malaysia yang tercinta ini.Parlimen mencerminkan sistem demokrasi yang subur dan disinilah semuanya akan teruji.kerajaan kepunyaan rakyat dan Dewan Rakyat juga merupakan kepunyaan rakyat tetapi asasnya adalah demokrasi yang subur.

Wednesday, December 2, 2009

Universiti digesa proaktif komersialkan produk R&D

KUALA LUMPUR: Semua universiti tempatan digesa mewujudkan mekanisme dan strategi baru untuk mempromosikan produk hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) masing-masing ke dalam pasaran.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, berkata universiti perlu lebih proaktif keluar memasarkan produk R&D mereka ke sektor swasta dan tidak boleh lagi mengharapkan sebaliknya.

"Universiti perlu ada strategi untuk pasarkan produk R&D mereka. Saya harap universiti keluar dan mencari sektor swasta dan tidak hanya menunggu syarikat swasta datang kepada mereka," katanya selepas merasmikan Terowong Angin Berkuasa Rendah yang dicipta Fakulti Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), semalam.

Beliau berkata, universiti juga perlu tingkatkan R&D supaya memperoleh hasil lebih inovatif dan memenuhi tuntutan pasaran.

"Tidak guna menang banyak pingat emas dalam pertandingan tetapi tidak mampu memasarkan hasilnya. Kita lebih gembira jika hasil penyelidikan itu dapat dipasarkan dan digunakan dengan meluas," katanya.

Beliau berkata, kejayaan ekonomi yang berasaskan inovasi seperti yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bergantung kepada produk R&D universiti tempatan.

"Kejayaan ekonomi berasaskan inovasi bergantung kepada apa yang dilakukan dalam universiti. Kita tiada pilihan dan kita tidak boleh kekal sebagai negara yang berpendapatan sederhana untuk selama-lamanya," katanya.

Justeru, beliau berkata, produk terowong angin yang dihasilkan UIAM itu adalah antara contoh hasil R&D berinovasi yang diperlukan negara.

Friday, November 20, 2009

IPT boleh cepatkan proses industrialisasi negara

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Institusi pengajian tinggi (IPT) boleh membantu mempercepatkan proses industrialisasi negara di samping meningkatkan nilai modal insan secara berterusan.

Sehubungan itu, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, IPT perlu menjalinkan jaringan kerjasama berstruktur dengan pihak industri dan perdagangan supaya wujud kesesuaian di antara kedua-dua pihak terutama dari segi tenaga kerja.

"Ini bagi memastikan modal insan yang dihasilkan dari IPT menepati dan memenuhi kehendak serta keperluan industri dan perdagangan sesuai dengan keadaan semasa.

"Ini kerana IPT tidak lagi boleh dianggap tempat untuk menimba ilmu teori semata-mata tetapi berperanan besar mewujudkan hubungan erat dengan industri juga ," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Interaksi Universiti Utara Malaysia (UUM) Bersama Majikan 2009 yang turut dihadiri Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr. Nordin Kardi di sini hari ini

Rafidah yang merupakan profesor adjung di Kolej Perniagaan UUM berkata, IPT perlu memastikan siswazah yang dilahirkan mempunyai daya kebolehpasaran yang tinggi selain mempunyai pengetahuan terkini mengenai industri dan perdagangan.

"Pihak IPT perlu memahami dinamisme dan perubahan di dalam profil pasaran dan persaingan industri supaya dapat disesuaikan dengan kurikulum, latihan serta pendekatan pengajaran," katanya.

Rafidah berkata, sepanjang berkhidmat di dalam kerajaan dan melibatkan sektor industri serta perdagangan, beliau menerima banyak maklum balas daripada sektor itu mengenai siswazah-siswazah tempatan yang adakalanya langsung tidak dapat memenuhi keperluan pasaran semasa.

"Antara kekurangan yang selalu diperkatakan adalah tahap kefahaman bahasa Inggeris yang amat penting dalam sektor industri hari ini.

"Selain itu, wujud jurang yang nyata antara apa yang dipelajari siswazah di IPT dengan apa yang mereka aplikasi apabila menyertai sektor industri dan perdagangan," katanya.

Katanya, ia jelas menunjukkan konsep kebolehpasaran siswazah amat berkait rapat dengan sejauh mana keupayaan dan kebolehan seseorang itu dapat diterima baik di dalam pasaran terutama sektor industri dan perdagangan pada hari ini.

Sunday, November 15, 2009

RM760,000 bantu pelajar di Padang

KUALA LUMPUR 14 Nov. - Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM760,000 kepada 380 pelajar Malaysia yang menuntut di Padang, Sumatera sebagai sumbangan akibat bencana gempa bumi Oktober lalu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peruntukan tersebut diumumkan kepada pihaknya selepas Kabinet memberi kelulusan baru-baru ini.

Beliau berharap sumbangan itu dapat membantu meringankan beban para pelajar yang turut terlibat dalam kejadian gempa bumi.

''Setiap seorang akan mendapat kira-kira RM2,000. Bagaimanapun, wang tersebut masih belum diberikan lagi kepada pelajar kerana Kabinet baru sahaja luluskan.

''Kerajaan memang berhasrat untuk menyumbang sendiri kepada pelajar. Kita tidak mahu menggunakan duit sumbangan daripada kutipan orang ramai kerana itu khusus untuk mangsa-mangsa bencana,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Kepimpinan Global Rakan Muda Malaysia di sini hari ini.

Khaled berkata, sehingga hari ini, kira-kira 170 pelajar negara ini yang mengikuti pengajian di Padang telah kembali ke kampus masing-masing untuk melanjutkan pelajaran.

Menurutnya, kementerian tidak melarang para pelajar terbabit untuk pulang menyambung pengajian di Indonesia, malah pihaknya juga tidak memaksa mereka melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi tempatan.

Mengenai tahap keselamatan para pelajar yang ingin meneruskan pengajian di Padang, kata Khaled, kerajaan akan memantapkan lagi usaha menguatkuasakan Prosedur Operasi Standard (SOP) di Padang.

Jelas beliau, langkah tersebut bagi memastikan Kerajaan Malaysia sentiasa siap sedia jika berlaku sebarang bencana.

''Kita bukan mengharapkan bencana tetapi memandangkan Indonesia merupakan negara yang terdedah dengannya, maka kita perlu bersiap sedia,'' jelasnya.

Wednesday, November 11, 2009

Kajian OKU di IPT siap akhir tahun-Khaled

Kajian mengenai isu dan perjuangan hak pelajar daripada golongan orang kurang upaya (OKU) di institusi pengajian tinggi (IPT) negara ini, dijangka siap hujung tahun ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kajian yang bermula Mei lalu itu diharap dapat membantu kementeriannya melakukan penambahbaikan dalam usaha membantu mahasiswa OKU.

Beliau memberitahu, antara matlamat kajian itu adalah meninjau keberkesanan pelaksanaan Akta OKU 2008, khususnya di kalangan pelajar OKU di peringkat IPT.

''Ia juga diharap dapat mewujud dan meningkatkan kesedaran di peringkat IPT terhadap keperluan serta kemudahan yang disediakan kepada mahasiswa OKU.

''Selain itu, matlamat kajian juga untuk mengkaji isu dan permasalahan mahasiswa OKU di IPT,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pertemuan Alumni Pelajar Khas Politeknik Johor Bahru di Pasir Gudang di sini semalam.

Majlis itu bertujuan menghimpun dan menghargai bekas-bekas pelajar khas politeknik tersebut yang terdiri daripada golongan OKU.

Monday, November 9, 2009

JTK Bukan 'Playsafe'.


Mengulas lanjut mengenai kenyataan beberapa pihak yang menyatakan jawatankuasa tindakan kolej (JTK) dan jawatankuasa induk kolej (JIK) ‘senyap’ dan ‘playsafe’ dalam menangani isu pelajar berkaitan masalah renovasi blok B dan D di kolej kediaman Bestari dilihat satu propaganda pihak tidak bertanggungjawab untuk mengkucar kacirkan kedamaian dan keharmonian di kolej kediaman Bestari ini.

Untuk menjawab beberapa kenyataan yang telah diutarakan oleh pihak yang menggelarkan diri mereka Persatuan Penghuni Menderita(PPM) dan sehingga kini tidak pernah menunjukkan diri mereka dan hanya berani menyebarkan poster dan risalah sahaja.

Pihak JTK sendiri tidak pernah menerima sebarang surat yang telah dihantar oleh mana –mana pelajar mengenai isu renovasi ini.

Manakala perjumpaan pelajar dengan pihak pengurusan yang telah diadakan pada 3 November yang lalu sememangnya telah dirancang lebih awal dan bukan atas dasar terdesak seperti yang diwarwarkan. Perjumpaan ini segera diaturkan oleh pihak JTK selepas segala aspek mengenai kedudukan pemindahan pelajar ke dari blok B ke blok C dan blok A diambil kira dan permohonan kepada JPPHB untuk menyiapkan semua proses renovasi blok D pada hujung bulan Disember bagi mengelakkan pelajar lelaki terpaksa berpindah ke blok pelajar perempuan yang akhirnya boleh mendatangkan kepadatan penghuni di kedua-dua blok bangunan terbabit.

Pihak pengurusan kolej yang faham akan situasi ini turut mengambil langkah untuk memohon penundaan tarikh penyerahan blok B dan D untuk tujuan renovasi yang sepatutnya berlangsung lebih awal kepada 23 November 2009 bagi memastikan semua pelajar kolej kediaman Bestari ini berada dalam keadaan selesa sehingga peperiksaan akhir semester selesai.

Renovasi Blok B dan D ini adalah sangat penting sebagaimana yang telah dilakukan terhadap blok A dan C pada semester lepas.Hal ini kerana memandangkan usia bangunan yang agak tua dan struktur asal kekuda yang menyokong bumbung adalah terlalu berat dan agak lama adalah sangat berbahaya kepada struktur bangunan dan penghuni yang mendiami bangunan tersebut.Selain itu pendawaian semula pada kedua-dua blok ini adalah satu langkah selamat bagi masa hadapan berikutan peningkatan penggunaan kuantiti voltan pada masa sekarang .

Saya merasakan,kenyataan dari Exco Kolej Kediaman dan Penginapan Luar Kampus iaitu saudara Mohd Fadzil Bin Jamal yang mencadangkan proses penaiktarafan ini dilakukan pada cuti akan datang adalah kurang relevan kerana ia melibatkan pembaziran masa,kerana kolej kediaman terpaksa menghadapi suasana renovasi sebanyak dua kali dan perpindahan pelajar juga akan berlaku dua kali juga.

Berkaitan dengan kewujudan pihak persatuan penghuni menderita(PPM) di kolej ini,saya amat yakin ia hanya di anggotai oleh beberapa orang yang bergerak dalam kelompok kecil dan bertujuan untuk menghuru harakan keadaan.Saya menyatakan demikian kerana,mereka hanya berani untuk menyebarkan risalah dan poster sahaja,tetapi tidak berani untuk menyalurkan ketidakpuashatian mereka melalui saluran yang betul iaitu dengan cara menulis dan memasukkan cadangan mereka ke dalam peti cadangan ataupun untuk lebih mudah bersemuka sendiri dengan JTK mahupun pihak pengurusan.

“ Kami dipihak JTK masih menunggu pengakuan dari “pengerusi dan AJK” PPM tentang sebaran poster dan risalah tersebut dan mengadakan perbincangan mengenai kehendak sebenar mereka. ’Janganlah hanya menjadi seorang yang hanya pandai membaling batu dan sembunyi tangan sahaja. Jika mereka merasakan tindakan mereka ini adalah benar, sila bersemuka supaya isu ini dapat diselesaikan segera.

Sebagai seorang mahasiswa, kita harus sentiasa memikirkan apa yang boleh kita sumbangkan terhadap kemajuan kolej kediaman,universiti dan negara dan bukan sekadar memikirkan apa yang pihak kolej kediaman, universiti dan negara boleh berikan kepada kita.

Ini perlu diaplikasikan dalam kehidupan kita seharian, kerana pada masa hadapan, kita juga akan menjadi sebahagian daripada masyarakat dan jika kita terus bersikap hanya meminta sahaja tanpa pernah bersyukur nescaya kita akan terus ketinggalan dalam arus masyarakat yang sentiasa mengejar arus kemajuan.

Akhir kata,kami pihak JTK dan JIK sentiasa berusaha keras tanpa mengira waktu untuk memastikan kebajikan,keselesaan dan permintaan pelajar dapat dipenuhi,termasuklah penyelesaian isu dewan santapan dan isu keselamatan mahasiswi.Hanya kami harap sedikit kesabaran daripada semua rakan warga kolej sementara semua keperluan ini dapat dipenuhi.


“ILMU HENDAKLAH TINGGI,HATI BIARLAH RENDAH”

Yang Bertanggungjawab,

Mohd Aiman bin Amat Kusin

Presiden Kolej Kediaman Bestari(4).

Tuesday, November 3, 2009

HASIL PERBINCANGAN ISU DEWAN MAKAN

Isu dewan makan kolej-kolej kediaman dilihat mendapat perhatian pelbagai pihak.SPKUM sendiri telah menjalankan kajian dengan mengedarkan borang soal selidik di kolej kediaman ke-3,4,5,7,8 dan 9 untuk mengetahui respon mahasiswa mengenai isu tersebut.Suatu perjumpaan dengan Ayahanda TNC HEPA dan En. Aziz bin Lisot,Pegawai HEP yang menjaga hal ehwal kolej kediaman telah dilaksanakan. Jurucakap SPKUM dan juga Presiden KK11,saudara Fahmi bin Adilah telah berjaya menyerahkan hasil kajian yang telah dilakukan dan statistik berikut telah diserahkan kepada Ayahanda TNC HEPA untuk dikaji,dikembang dan tindakan susulan.

Untuk pengetahuan, Universiti Malaya mempunyai 8 buah kolej kediaman yang mempunyai dewan makan iaitu kolej 1,2,3,4,5,6,7 dan 8. Buat mahasiswa yang menetap di kolej kediaman 1,2 dan 6, dewan makan TIDAK AKAN DITUTUP. Ini bermakna sistem operasi dewan makan yang sedia ada akan diteruskan. Bagi kolej kediaman 3,4,5,7 dan 8, isu ini masih di peringkat perbincangan dan hasil kajian yang dilakukan oleh SPKUM akan dibawa ke Mesyuarat Pengetua dan seterusnya ke Mesyuarat Dewan Asrama-Asrama(DAA) yang dipengerusikan oleh Naib Canselor. Keputusan seterusnya akan diputuskan oleh Lembaga Pengurusan Universiti(LPU).

Situasi di kolej ke-9 berbeza kerana kolej itu baru sahaja menutup operasi dewan makan sesi ini.
Hasil daripada kajian, 83% responden yang terdiri daripada mahasiswa kolej kediaman ke-9 mahukan sistem dewan makan beroperasi semula. Suara rintihan mahasiswa ini telah pun kami serahkan kepada Ayahanda dan En. Aziz Lisot. Pihak pengurusan kolej 9 sendiri akan menyerahkan laporan berkenaan ketiadaan isu dewan makan dalam masa terdekat ini. Hasil kedua-dua laporan daripada SPKUM dan pengurusan kolej 9 ini akan dijadikan kayu pengukur dalam menentukan samada dewan makan akan ditutup atau tidak.

Berdasarkan laporan SPKUM, hasil yang didapati adalah berbeza mengikut situasi dan keadaan di kolej kediaman masing- masing.Terdapat sebilangan besar yang mahukan dewan makan tidak ditutup dan terdapat juga sebilangan yang mahukan sistem operasi dewan makan ditutup. Hal ini kerana keadaan,persekitaran dan mahasiswa itu sendiri berbeza mengikut kolej kediaman masing- masing.

Walaubagaimanapun, diharap apa jua keputusan yang diambil tidak akan sesekali membebankan mahasiswa. Bagi mahasiswa yang menetap di kolej kediaman yang tidak mempunyai dewan makan seperti 9,10,11 dan 12, isu mengenai peningkatan taraf perkhidmatan kafe-kafe juga telah diutarakan. Perkhidmatan yang bermutu dan efisien hendaklah dilaksanakan oleh setiap pengusaha kafe-kafe di kolej kediaman.Harga yang ditetapkan juga hendaklah bersesuaian dengan kondusi mahasiswa.

SPKUM berharap agar semua pihak bertenang dan tidak terburu-buru dalam menyelesaikan permasalahan ini.SPKUM tidak menjanjikan untuk menjadi pahlawan ulung di universiti ini,tetapi kami menjanjikan bahawa suara mahasiswa,suara keramat. Kita dapat saksikan bagaimana Presiden kolej berhempas pulas,JTK/JIK berjuang dalam membela nasib,keluhan dan rintihan mahasiswa.SPKUM ingin menegaskan bahawa isu ini hendaklah dilihat daripada sudut yang positif dan tidak diperalatkan oleh mana-mana pihak.

MAHASISWA PENGGERAK MASYARAKAT

Wednesday, October 28, 2009

ISU PENUTUPAN DEWAN MAKAN

Kebelakangan ini terdapat beberapa khabar angin dan dakwaan bahawa dewan makan di beberapa buah kolej kediaman akan ditutup.Hal ini berlaku kerana pihak pengurusan kolej terpaksa menanggung beban kewangan bagi menampung perbelanjaan dan kos penyelenggaraan,persediaan makanan yang agak besar.Mahasiswa di kolej kediaman yang mempunyai perkhidamatan dewan makan rata-ratanya membayar RM10.00 sehari di mana RM3.50 digunakan untuk menampung kos makanan dan selebihnya untuk yuran kolej harian.Bayaran RM3.50 untuk 3 kali makan dalam sehari(sarapan,makan tengahari dan makan malam) dilihat membebankan pihak pengurusan kolej kerana kewangan yang ada juga terpaksa digunakan bagi menampung kos bil elektrik,air dan penyelenggaraan.harus diingatkan di sini bahawa kebanyakan kolej kediaman di Universiti Malaya sudahpun berusia puluhan tahun dan memakan kos penyelenggaraan yang agak tinggi.Kolej yang tidak mempunyai dewan makan adalah kolej kediaman ke-9,10,11 dan 12.

Oleh yang demikian,pihak SPKUM melihat pengurusan kolej kediaman mempunyai hanya dua pilihan,iaitu menutup dewan makan atau menaikkan harga yuran kolej.Kedua-dua pilihan yang ada ini dilihat semestinya akan membebankan mahasiswa terutamanya yang kurang berada.Di peringkat mahasiswa pula,ada yang menyokong dewan makan ditutup dan ada juga yang menentang.Pihak SPKUM telah pun mengadakan beberapa siri mesyuarat sebelum ini bagi membincangkan isu ini dan hasil keputusannya suatu kaji selidik akan dijalankan bagi mendapat respon daripada mahasiswa samada mereka bersetuju untuk menutup dewan makan atau tidak.Sehingga hari ini,kaji selidik masih lagi dilakukan dan proses menyempurnakan data mengenai hasil kajian sedang giat dijalankan.Untuk pengetahuan semua,suatu perjumpaan bersama Ayahanda TNC HEPA akan dilakukan dalam masa terdekat ini bagi menyerahkan hasil kajian borang soal selidik beserta data.Menurut Jurucakap SPKUM dan juga Presiden KK11,saudara Fahmi bin Adilah berkata,"isu ini tidak harus dilihat siapakah yang menjuarai isu.Soal yang berbangkit adalah rintihan mahasiswa yang menetap di kolej kediaman yang harus diutamakan." Pihak SPKUM akan berusaha melakukan yang terbaik bagi menyelesaikan permasalahan ini yang dilihat menghantui penghuni di kolej kediaman.Kami juga memikirkan nasib para pekerja dewan makan yang kemungkinan akan kehilangan mata pencarian jika dewan makan ditutup.Kami berharap apa jua keputusan yang diambil tidak akan sama sekali membebankan mahasiswa.Juga diharapkan isu ini tidak diperbesarkan kerana ruang untuk mahasiswa menyelesaikan permasalahan ini sentiasa terbuka.

MAHASISWA PENGGERAK MASYARAKAT

Monday, October 26, 2009

BAJET 2010 RESPONSIF KEPADA SUARA MAHASISWA

KUANTAN 25 Okt. – Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin merupakan bajet responsif kepada suara mahasiswa kerana sebahagian besar peruntukan adalah bagi perkara-perkara yang asalnya disuarakan oleh golongan itu.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, perkara tersebut disuarakan kepada kerajaan melalui beberapa saluran seperti Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jelas Saifuddin, ia juga disuarakan secara langsung dalam pertemuan antara golongan mahasiswa dengan Perdana Menteri.

Beliau berkata, melalui MPPK yang dianggotai oleh semua perwakilan pelajar dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), mahasiswa telah menyuarakan perkara-perkara yang menyentuh kehidupan mereka dan juga masalah negara.

“Kita minta mahasiswa memanfaatkan peruntukan tersebut sebaik-baiknya. Pada masa sama kita minta mereka terus bersuara menggunakan landasan sedia ada,” katanya.

Saifuddin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri dialog dengan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Kampus UIAM Kuantan, Profesor Dr. Ridzuan Hashim; Pengarah Pentadbirannya, Mohamad Azmi Ismail dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIAM Kuantan, Mohd. Anwar Md. Yassin.

Dalam Bajet 2010, Perdana Menteri antara lain mengumumkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukar kepada biasiswa bagi pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama.

Media Perlu Utama Tanggungjawab Sosial

Wartawan muda wajar elak laporan jejas keharmonian masyarakat, hubungan dua negara


HAKIKATNYA, tiada kebebasan mutlak bagi media di mana saja, hatta Amerika Syarikat sekali pun yang kononnya lantang menyuarakan mengenainya. Semua pihak sedar dan faham bahawa kebebasan tanpa had yang tidak terkawal boleh mendatangkan mudarat kepada masyarakat. Lebih parah lagi jika kebebasan itu boleh mengeruhkan hubungan antara negara, seperti apa yang berlaku membabitkan media di Indonesia baru-baru ini.

Mainan sesetengah akhbar di Indonesia, sejak akhir-akhir ini terhadap beberapa isu boleh mengeruh dan menggugat hubungan serantau yang sudah terjalin erat. Mereka dengan bebas melaporkan apa saja isu di Malaysia tanpa memikirkan kesannya sedangkan sewajarnya media berperanan memperkukuh, mempertaut dan menguatkan lagi hubungan antara kerajaan dan rakyat.


Natijah keterlanjuran laporan media tanpa rasa tanggungjawab dan batas kebebasan etika kewartawanan membuatkan ia bertambah buruk. Ternyata kebebasan akhbar Malaysia dan Indonesia jauh berbeza.

Perkara ini diakui Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Mior Kamarul Shahid, yang menyatakan media di Indonesia bebas menulis apa saja berita berbanding Malaysia yang mempunyai batasan, sesuai dengan tanggung jawab dan etika kewartawanan. Katanya, hubungan antara kerajaan kedua-dua negara tiada masalah, tetapi tidak kepada rakyatnya.

Justeru, hubungan antara media Malaysia dan Indonesia perlu dipereratkan lagi dengan kenal mengenal antara satu sama lain supaya dapat berkongsi pandangan pemberitaan. Mior Kamarul mendapati wujud dua kumpulan iaitu veteran dan golongan muda, yang saling mempunyai pandangan dan latar belakang berbeza di negara terbabit.

"Kumpulan veteran lebih tahu latar belakang sejarah negara, manakala golongan muda pula lebih mengetahui mengenai hal komersial. Jika pemerintah tidak benarkan sesuatu isu dikeluarkan, itulah yang akan menjadi bahan untuk dikeluarkan. Malah, isu remeh-temeh seperti yang dianggap tiada nilai berita menjadi topik utama dan diulang. Ini tidak berlaku di Malaysia, media mempunyai tanggungjawab sosial dan lebih bertanggungjawab dalam membuat laporan serta tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

"Berita Harian umpamanya, tidak memperbesar-besarkan isu tertentu yang boleh menimbulkan kontroversi dan lebih bertanggungjawab, termasuk isu mengenai hubungan antara Malaysia-Indonesia," katanya ketika menjadi ahli panel pada Persidangan Antarabangsa Hubungan Malaysia-Indonesia 2009 (Media-Budaya), anjuran Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.

Beliau berkata, media Indonesia akan mencari isu sensasi untuk melariskan akhbar berikutan edaran akhbar di negara itu yang semakin menurun. Situasi sama di Malaysia, berita berbentuk sensasi lebih memikat hati pembaca. Contohnya, akhbar Harian Metro, hari pertama diterbitkan hanya 14,000 sehari tetapi sekarang sudah menjangkau edaran 400,000 sehari kerana memaparkan berita lebih sensasi. Bagi akhbar arus perdana pula pemberitaannya berbeza iaitu lebih kepada tanggungjawab sosial.

Sementara itu, Prof Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar, berkata pembinaan hubungan Malaysia sebagai negara serumpun dapat diaplikasikan melalui media yang digunakan sebagai platform dalaman untuk melahirkan pemikiran daripada pelbagai lapisan masya-rakat.

Apa yang penting adalah etika kewartawanan dapat mencorakkan berita yang benar-benar telus dan bermoral.

"Media memainkan fungsi penting untuk menyebarkan berita bagi awam. Berita yang bersifat sensasi, provokatif dan tidak berlandaskan fakta akan mengeruhkan keadaan," katanya.

Akhbar di Malaysia tidak sebebas di negara Barat, tetapi lebih baik berbanding China, Asia Barat, negara blok komunis dan negara bekas komunis. Bagaimanapun, kebebasan dimiliki media Malaysia sekarang luas untuk bergerak.

Abdul Latif berkata, banyak cerita kontroversi dan buruk berkaitan Malaysia boleh ditangani dengan kerjasama menerusi program bersifat serumpun supaya masing-masing mampu memainkan peranan mendidik terhadap senario sebenar sesuatu perkara. Justeru, beliau mencadangkan supaya diadakan program kerjasama antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO), wartawan, ahli akademik, belia, pelajar dalam bidang tertentu antara kedua-dua negara.

Pada masa sama, 'dana khas serumpun' wajar ditubuhkan untuk membiayai program secara menyeluruh membabitkan pelbagai kategori antara dua negara dirancang sebagai acara tahunan untuk memperkukuhkan hubungan. Ketika ini, tidak pernah ada program kesetiakawanan dianjurkan sehingga masing-masing saling salah faham terhadap sesuatu isu dibangkitkan.

"Kita juga berharap supaya pihak kedutaan kedua-dua negara mewujudkan atase penerangan yang boleh dirujuk berkaitan pelbagai isu berbangkit," katanya.

Ketua Komisi Hukum dan Perundangan-undangan Dewan Pers yang juga Radaktur Kanan Harian Neraca, Wina Armada Sukardi, berkata akhbar di republik itu memang mempunyai pengaruh yang besar sejak dari awal lagi kerana amat berjasa serta berperanan terhadap perjuangan kemerdekaan Indonesia. Akhbar di Indonesia, katanya, dianggap mempunyai nilai perjuangan serta menjadi pembentuk dan pengawal pemerintah serta menentukan sistem politik.

"Oleh itu, Presiden Indonesia juga tidak mampu mengendalikan akhbar, kerana ia menentukan segala-galanya dan menjadi 'watchdog' (pemerhati)," katanya ketika membentangkan kertas kerja Memahami Kemerdekaan Pers Indonesia Sisi lain Hubungan Malaysia-Indonesia. Akhbar di negara itu juga banyak dan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Bagaimanapun setiap akhbar seperti Kompas atau Tempo mempunyai gaya dan pendekatan pemberitaan yang berbeza.

Lazimnya, akhbar arus perdana di negara itu melaporkan berita yang lebih bertanggungjawab berbanding yang kecil.

Beliau berkata, akhbar itu dianggap sebagai milik semua rakyat di negara itu tanpa mengira peringkat dan lapisan masyarakat. Namun, kebebasan akhbar itu boleh terganggu oleh akhbar yang tidak profesional dan tidak beretika.

Profesor Jabatan Pengajian Media, UM, Prof Madya Datin Dr Hasmah Zanuddin pula menyifatkan kehadiran media baru seperti blog juga menjadi medium yang lebih terbuka kepada generasi muda untuk meluahkan apa saja pandangan tanpa batasan kesopanan. Dalam kertas kerja bertajuk Impak akhbar dalam talian dan blog terhadap hubungan orang Malaysia-Indonesia, beliau berkata, ketamadunan dan nilai sosiobudaya tidak dititikberatkan dengan menghentam, mengkritik dan memaki hamun mengenai isu dingin antara kedua-dua negara semahunya.

Provokasi antara generasi muda dianggap sebagai unsur tidak sihat dari segi pemikiran. Kajian di Indonesia juga mendapati generasi muda tidak merasai kesan buruk mengenai apa dicetuskan media di negara itu berbanding generasi veteran. "Justeru, mereka lebih berani, nakal dan memprovokasi sesuatu isu. Mereka boleh saling balas membalas terhadap pandangan di dalam blog," katanya.

Tuesday, October 20, 2009

Langkah radikal, tegas dalam memartabatkan Bahasa Kebangsaan

USAHA memperkasa dan memartabatkan Bahasa Kebangsaan harus diambil serius oleh semua pihak kerana ia adalah satu daripada lima ejen utama perpaduan. Maka sewajarnya semua pihak memberi komitmen penuh untuk mendaulatkan bahasa Melayu dan memastikan ia digunakan seluas mungkin. Melaksanakan usaha ini sebenarnya bukan sesuatu yang sukar. Paling utama, ia harus digunakan dalam apa juga urusan sama ada rasmi atau tidak, manakala penggunaannya pula mesti dibuat dengan cara yang betul. Dalam konteks ini, sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan, kerajaan harus memastikan bahasa Melayu dihormati. Tindakan mengenakan hukuman terhadap mereka yang tidak menunjukkan rasa hormat kepada bahasa Melayu bukan saja tepat, malah sepatutnya sudah lama dilaksanakan bagi mengelak ia diketepikan. Jika peraturan demikian dikuatkuasakan sebaiknya, kita yakin tiada lagi pihak yang berani mengambil remeh pekeliling Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 2006 yang mengarahkan supaya semua majlis rasmi di kementerian dan jabatan kerajaan dikendalikan dalam bahasa Melayu. Begitu juga dengan penggunaannya untuk pelbagai tujuan lain seperti dalam mesyuarat, surat menyurat, penyediaan minit, pengiklanan hatta urusan jual beli sekali pun. Demikian juga di sektor swasta atau majlis tidak rasmi. Semuanya harus mengutamakan bahasa Melayu. Pendek kata, bahasa Melayu harus didahulukan bagi semua keadaan atau tujuan, tidak kira sama ada ia besar atau kecil.

Dalam usaha memartabatkan Bahasa Kebangsaan, aspek paling penting ialah semua pihak harus mempunyai rasa hormat dan cinta terhadapnya. Pepatah menyebut bahawa bahasa itu jiwa bangsa. Jadi sudah tentu setiap anggota masyarakat perlu menjiwai dan menghayati sepenuhnya keutamaan menggunakan Bahasa Kebangsaan. Malangnya, hari ini ramai di kalangan masyarakat yang seolah-olah sengaja mengetepikan kedudukan Bahasa Kebangsaan. Penggunaannya bukan saja dibuat apabila terpaksa, malah lebih menyedihkan apabila ia dianggap bahasa kelas dua. Akibatnya, ia sering digunakan dengan cara yang tidak sepatutnya seperti dicampur aduk sesuka hati sehingga rosak dan tercemar. Sama ada disedari atau tidak, perbuatan sedemikian sebenarnya satu penghinaan. Sering kali mereka yang melakukan perbuatan itu alasan tidak mahir dalam penguasaan bahasa Melayu. Namun, realitinya jelas apabila mereka sebenarnya lahir, membesar, bersekolah dan tinggal dalam persekitaran yang terdedah kepada bahasa Melayu. Paling tidak pun, rata-ratanya pernah mendapat pendidikan formal dalam bahasa Melayu. Jika kita mahu melihat Bahasa Kebangsaan diletakkan ke tahap yang sepatutnya, sikap seperti ini dikikis terlebih dulu. Ia tidak harus dibiar bertapak hingga membudaya dalam masyarakat. Memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan memerlukan tindakan yang lebih radikal, tegas dan serius. Lebih penting lagi, ia perlu dilakukan segera sebelum kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan hanya tinggal sekadar status dalam Perlembagaan Persekutuan.

Friday, October 16, 2009

MPP UPM DAN PEMIMPIN PELAJAR UPM MENGGESA "BANTAH" MOHON MAAF SECARA TERBUKA!!



wakil BANTAH menyerahkan memorandum mereka kepada Menteri selepas kekecohan dan ketegangan berlaku di hadapan bilik sidang media ketika sidang media program sedang berlangsung.


Kumpulan pelajar yang mengikuti BANTAH berhimpun di ruang legar dewan sebelum majlis selesai sehingga pihak penganjur terpaksa membuat aduan kepada Bahagian Keselamatan.



Pihak penganjur terpaksan memohon bantuan Bahagian Keselamatan UPM utk mengiringi YB menteri ke meja makan sempena Sambutan Aidilfitri MPP UPM akibat kekecohan yang ditimbulkan oleh BANTAH.


Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPPUPM) yang dipimpin oleh saudara Mohd Syamsul bin Salleh bersama-sama Gabungan Pemimpin-Pemimpin Pelajar UPM yang terdiri daripada Jemaah Presiden Kolej Kediaman, Fakulti, Kelab dan Persatuan menggesa mana-mana wakil gerakan BANTAH yang bertanggungjawab untuk tampil memberikan penjelasan dan memohon maaf secara terbuka atas tindakan biadab dan tidak beretika yang dilakukan oleh gerakan itu semasa Majlis Penutupan, Penyerahan Resolusi Mahasiswa Satu Malaysia dan Sambutan Aidilfitri MPP UPM bersama pelajar UPM pada 10 Oktober 2009 yang lalu.

Tindakan gerakan BANTAH itu bolehlah disifatkan sebagai bukan sahaja tidak menghormati majlis, yang direncana dan diusahakan oleh pelajar tetapi juga tidak menghormati pihak penganjur dan tetamu kehormat majlis. Tambahan pula, majlis ini merupakan program kebangsaan dan melibatkan semua IPTA dan beberapa IPTS setelah 3 bulan ia diusahakan oleh pelajar-pelajar UPM khususnya dan pelajar-pelajar MPPK amnya.

Mohd Syamsul Salleh ketika diminta mengulas tentang gerakan BANTAH ini, beliau tidak mahu mengulas panjang dan menyerahkan segala penilaian dan pertimbangan dilakukan sendiri oleh pelajar-pelajar tentang apa yang berlaku di hadapan mata mereka.

"Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa tindakan dan gerakan mereka ini bukanlah mewakili suara pelajar kerana jika benar mereka mewakili suara pelajar atau suara mahasiswa mana mungkin mereka sanggup berkelakuan keanak-anakan dengan tidak menghormati penat lelah pelajar lain yang bertungkus lumus mengatur program ini hanya kerana mahu menghantar memorandum yang dilihat hanya mewakili suara dan kepentingan peribadi mereka sendiri."

"Kami di peringkat MPP UPM hatta di peringkat MPPK sendiripun tidak pernah menggangu dan mengambil kesempatan atas apa yang diusahakan oleh mereka sebelum ini untuk kepentingan peribadi kami jadi mengapa mereka tergamak untuk tidak menghormati kami! Sesungguhnya niat tidak pernah menghalalkan cara" tegasnya lagi.

Menurut Saudara Hanafi Mohd Ali, Naib yang DiPertua MPP UPM " Saya amat terperanjat setelah menerima makluman menerusi sms dan panggilan telefon daripada rakan-rakan mpp yang lain, kerana ketika itu saya terpaksa menghadiri Persidangan Meja Bulat Pemimpin Pelajar 1 Malaysia yang dianjurkan di USM. Rata-rata pemimpin pelajar yang berada di USM termasuklah YDP UNIMAS dan YDP USM apabila dimaklumkan tentang kejadian ini juga amatlah tidak bersetuju dengan tindakan BANTAH dan menyifatkan ia adalah tindakan yang kurang ajar. Saya bersama-sama MPP UPM dan pemimpin pelajar UPM menggesa agar tindakan sewajarnya diambil oleh mana-mana universiti pelajar berkenaan kerana menimbulkan kekecohan di universiti kami!!"

Mohd Rashidie Ramli, Pengerusi Sekreteriat ICT, Penerangan dan Penerbitan MPP UPM yang turut berperanan sebagai pengarah program ini menyatakan rasa kecewanya kerana penat lelah pelajar-pelajar UPM utk menguruskan program selama hampir 4 bulan ini seolah-olah dipandang enteng oleh BANTAH apabila bertindak tidak menghormati penganjur dan tuan rumah.

"Saya begitu kecewa dengan tindakan BANTAH. Sepatutnya, jika benar kita memperjuang kepentingan mahasiswa mengapa agenda peribadi mereka yang lebih diutamakan berbanding kepentingan mahasiswa yang sebenar, hinggakan sanggup merosakkan majlis yang diusahakan oleh mahasiswa?? jadi apakah sebenarnya asas perjuangan mereka?? Kepentingan mahasiswa atau kepentingan peribadi?"

Menurut saudara Mohd Saufi Bin Othman, Timbalan Naib Yang DiPertua I (Kebajikan dan Keselamatan) MPP UPM, "rata-rata pelajar UPM berasa amat kesal dan kecewa dengan tindakan BANTAH dan ianya bertentangan dengan etika seorang mahasiswa yang berpelajaran lebih-lebih lagi ada dalam kalangan mereka yang sedang melanjutkan pengajian di universiti yang baru sahaja meningkat rankingnya. Mungkin tindakan itu benar bagi mereka, tapi setidak-tidaknya mereka perlu maklumkan terlebih dahulu kepada kami selaku tuan rumah. Amatlah biadab apabila memasuki rumah orang tanpa memberi salam. Itu bukan lagi ziarah namanya, itu namanya merompak!!"

Menurut Ong Guang Xin, Timbalan naib yang DiPertua IV (Kepimpinan dan Penyelidikan) MPP UPM, " Perbuatan tersebut tidak sepatutnya berlaku. Sebagai pemimpin pelajar kita haruslah berfikir secara rasional dan bukannya bertindak sesuka hati. Tidak bolehkah mereka mendapatkan kebenaran dari tuan rumah ataupun membuat temu janji dengan pegawai menteri. Saya rasa, ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah kerana kami juga mengatur temu janji mengikut prosedur yang ditentukan dan maklum balas pihak menteri tetap baik. Kita perlu berharap agar pemimpin mahasiswa hari ini janganlah berkelakuan radikal. kita perlu berkhidmat utk pelajar dan berbakti kepada masyarakat dengan sewajarnya."

Menurut Mohd Razik bin Midin, Exco Penyelidikan dan Inovasi MPP UPM, "Sangat kebudak-budakan. Seharusnya mereka berfikir secara rasional mengenai tindakan mereka yang mengganggu majlis. Saya merasakan tidak sesuai langsung untuk menyuarakan pandangan mereka yang boleh dianggap memenuhi keperluan peribadi mereka... Jadi nasihat saya selaku mahasiswa, haruslah berfikiran matang dan rasional dalam sesuatu hal... bukan terburu-buru.. paling penting datanglah ke suatu majlis sebagai tetamu yang DIUNDANG...

Majlis Perwakilan Pelajar UPM bersama-sama Gabungan Pemimpin Pelajar UPM dan Sekreteriat Yang DiPertua dan Presiden MPP Kebangsaan akan memaklumkan perkara yang berlaku ini terus kepada pihak Naib Canselor di universiti berkenaan dan berharap agar tindakan sewajarnya dapat diambil ke atas mereka yang terlibat. Rata-rata pelajar di UPM beranggapan tindakan itu amatlah biadab dan tidak menghormati pelajar-pelajar di UPM kerana mereka menimbulkan kekecohan di sini dan bukannya di universiti mereka sendiri. Majlis sambutan Aidilfitri yang sepatutnya disambut dengan kegembiraan dan mengeratkan persaudaraan akhirnya disambut dalam keadaan yang sedikit tegang.-http://majlisperwakilanpelajarupm.blogspot.com

Wednesday, October 14, 2009

HIDUPKAN SEMULA SUDUT PIDATO

Oleh ZULKIFLI MANZOR


SAIFUDDIN (dua dari kiri) menikmati jamuan dengan sekumpulan mahasiswa pada majlis Rumah Terbuka UTM di Jalan Semarak, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Selepas 34 tahun diharamkan kerajaan, sudut pidato yang pernah popular di kalangan pelajar universiti sekitar tahun 60-an dan 70-an untuk berhujah mengenai isu-isu semasa akan dihidupkan semula di semua institusi pengajian tinggi (IPT).

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, setiap IPT termasuk awam dan swasta di seluruh negara disarankan supaya membenarkan pelajar-pelajar mereka menjalankan aktiviti berkenaan.

"Sudut pidato diharamkan berikutan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1975 kerana ia disalahgunakan untuk berpolitik.

"Sudah tiba masanya kegiatan ini dibuka semula bagi melahirkan golongan mahasiswa yang mampu berhujah dan menyampaikan idea dengan bernas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009 peringkat Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Kuala Lumpur di sini semalam.

Menurut Saifuddin, pindaan semula AUKU berhubung kegiatan itu telah diwartakan pada Februari tahun lalu dan sekali gus memberi lebih kebebasan bersuara kepada pelajar universiti.

Thursday, October 8, 2009

TAHNIAH UNIVERSITI MALAYA!!


Hari ini adalah hari yang cukup menggembirakan bagi warga Universiti Malaya kerana baru sahaja diumumkan menduduki tangga ke-180 dalam ranking universiti dunia yang dikeluarkan oleh Times Higher Education-QS World University Rankings(THES-QS).Berita ini adalah sesuatu yang amat membanggakan warga kampus kerana tahun sebelumnya UM menduduki tangga ke-230.Lonjakan sebanyak 50 anak tangga ini membuktikan bahawa segala usaha yang dicurahkan selama ini membuahkan hasil.Hal ini membuktikan UM masih lagi mengungguli universiti-universiti lain di Malaysia.
Di sini SPKUM merakamkan ucapan tahniah pertama-tama sekali kepada Ayahanda Prof. Datuk Dr.Ghauth Jasmon selaku Naib Canselor UM kerana telah bertungkus-lumus dalam menaikkan serta memartabatkan UM di mata dunia.Tema peneraju dalam penyelidikan dan inovasi(leader in research & innovation) yang dicanang selama ini telah berjaya direalisasikan.Tidak lupa juga kepada pihak pentadbiran universiti,HEPA,bahagian PTj,fakulti/akademi/pusat,pensyarah-pensyarah,staf bukan akademik dan seterusnya para mahasiswa yang telah bekerja keras dalam mengharumkan nama UM.Semoga kejayaan ini bertambah baik serta berterusan sampai bila-bila.Jika usaha murni ini dipertingkatkan,SPKUM percaya suatu hari nanti UM akan menduduki tangga 50 teratas pula.Semua warga kampus juga harus memainkan peranan dalam mengekalkan prestasi yang terbaik.Anggaplah segala cabaran dan rintangan yang berlaku sebelum ini sebagai suatu dugaan.

Akhir kata,tahniah Universiti Malaya!!

MAHASISWA PENGGERAK MASYARAKAT

Tuesday, October 6, 2009

JAMUAN RAYA ZA'BA 09


Sememangnya tidak dapat dinafikan betapa ketibaan bulan Syawal yang mulia amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam seantero dunia sebagai tanda kemenangan kita mengharungi bulan Ramadhan yang telah berlalu. Setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan bagi menahan nafsu lapar dahaga dan seumpama dengannya, kini tibalah masa kita menyambut hari raya dengan penuh rasa gembira bersama sanak saudara, rakan-rakan seperjuangan serta muslimin muslimat yang lain. Di kesempatan inilah kita saling bermaafan sesama insan dan menziarahi antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama. Bagi masyarakat Malaysia, sambutan rumah terbuka sememangnya telah menjadi kebiasaan untuk diadakan yang bertujuan mengeratkan lagi perpaduan rakyat yang berbilang kaum di negara ini.

Perkara ini turut dimeriahkan lagi dengan sambutan hari raya yang diadakan di peringkat kampus. Setelah puas beraya di kampung, para mahasiswa pasti ingin bergembira untuk beraya bersama-sama rakan-rakan seperjuangan mereka di menara gading. Oleh yang sedemikian, Kelab Kebudayaan Melayu Kolej Kediaman Za’ba bersama barisan JIK JTK kolej berkenaan telah mengadakan Jamuan Hari Raya Za’ba 2009 pada 30 September yang lalu. Jamuan yang berkonsepkan 1Malaysia ini telah dihadiri seluruh warga Kolej Kediaman Za’ba tanpa mengira usia, bangsa dan agama.

Jamuan ini telah berlangsung di gelanggang futsal memandangkan dewan makan kolej ini masih dalam proses pengubahsuaian. Menggunakan konsep yang agak santai, jamuan pada malam ini dimeriahkan lagi dengan persembahan karaoke oleh para pelajar di samping juadah hari raya yang menyelerakan. Antara agenda majlis tersebut adalah pencarian pemenang Putera dan Puteri Raya dan juga pemberian hadiah kepada pemenang pertandingan sepanjang sambutan Festival Kemerdekaan Za’ba yang telah berlangsung sebelum ini.

Presiden Kolej Kediaman Za’ba turut berucap dalam majlis tersebut dan beliau mengambil kesempatan ini untuk memberi amaran tegas kepada pelajar-pelajar yang bermain mercun di sekitar kawasan kolej yang telah menganggu ketenteraman warga kolej ini. Beliau turut memberi penekanan agar warga kolej tersebut sentiasa aktif dalam memberi komitmen dalam setiap projek yang diadakan sama ada di peringkat kolej mahupun di peringkat kampus di samping memberi tumpuan dalam pelajaran memandangkan peperiksaan semakin hampir.

Menurur pengarah jamuan, saudara Muhammad Farid Bin Hassan Hassaari, pelajar Tahun Pertama Fakulti Bahasa dan Linguistik, program ini sememangnya banyak memberi pengalaman kepada beliau dalam menguruskan sesebuah organisasi. Hal ini demikian kerana, program berkenaan diuruskan sepenuhnya oleh pelajar Tahun Pertama Sesi 09/10 di samping turut dibantu oleh para senior yang lain.

“Sambutan yang menggalakkan daripada warga kolej ini sememangnya telah memeriahkan lagi sambutan hari raya pada malam itu”, katanya.

Tahniah diucapkan kepada barisan JIK JTK dan Kelab Kebudayaan Melayu Kolej Kediaman Za’ba kerana telah berjaya mengadakan sambutan hari raya ini. Semoga objektif ke arah perpaduan mampu tercapai demi menyahut cabaran 1Malaysia oleh Perdana Menteri negara. Penulis amat berharap agar para mahasiswa mengambil kesempatan di bulan yang mulia untuk saling bermaafan atas kesalahan yang dilakukan sama ada secar zahir atau batin dalam kita menanti untuk menduduki peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi.


Disediakan oleh : Sa’aidah binti Sukar (Setiausaha JIK JTK Kolej Kediaman za’ba)