Monday, September 14, 2009

Kebobrokan UM-TODAY!!! Penjelasan isu Prof Madya Dr Sharifuddin Zainuddin, Pengetua KK3


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

UM-TODAY semakin menampakkan kegersangan idea untuk mempromosikan laman tersebut yang sekarang ini diisikan dengan siri-siri fitnah terhadap kolej-kolej kediaman UM. Keterdesakan publisiti murahan yang dibuat mereka semakin menjadi-jadi. Kini, Pengetua Kolej Kediaman Ketiga Profesor Madya Dr Sharifuddin Zainuddin pula yang menjadi mangsa.

Benar, beliau jarang turun ke program-program, namun kekangan kesihatan yang dialami oleh Dr Sharifuddin dan isteri menyebabkan beliau tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kolej. Kami di pihak mahasiswa KK3 amat memahami kesulitan yang dihadapi oleh beliau dan isteri. Disebabkan oleh itu, beliau sering meminta bantuan Penyelia-penyelia untuk mewakilkan beliau ke program-program. Kami percaya beliau merupakan seorang pengetua yang bertanggungjawab dan tidak lepas tangan terhadap tugas-tugas beliau kerana beliau masih menjalankan tugas-tugas pengetua dengan baik. Percayalah jika tiada kekangan kesihatan beliau pasti tidak akan rasa penat untuk turun dan turut serta dalam setiap program kerana dahulu beliau dikenali sebagai seorang pengetua yang mesra pelajar.

Isu tentang kewangan kolej yang misteri yang digembar-gemburkan oleh um-today tidak perlu dijelaskan kerana ia adalah isu lapuk yang sering difitnahkan kepada KK3 setiap kali tiba Pilihanraya kampus. Defisit yang berlaku adalah disebabkan kenaikan harga barang mentah di pasaran semasa dan perkara ini berlaku di setiap kolej yang mempunyai dewan makan. Cuba bayangkan setiap pelajar hanya membayar RM 3.50 untuk 3 kali makan setiap hari. Tapi tidak hairanlah jika um-today tidak mengetahui perkara sebenar, kerana mereka tidak cuba langsung untuk memahami ketika tinggal di kolej semasa tahun pertama!.

Projek pendawaian blok C yang dilakukan di KK3 adalah tiada kaitan langsung dengan body Pengetua KK3. Projek tersebut adalah di bawah kendalian sepenuhnya JPPHB yang mana menukar tarikh pengubahsuaian semasa tempoh belajar.

Akhir sekali, saya mengharapkan um-today menghentikan semua fitnah-fitnah yang hanya menonjolkan lagi kelemahan kalian, tapi menguatkan lagi perpaduan di antara kami!. Tidak perlu saya mengulas panjang kerana kami tidak akan terjerumus ke dalam kancah fitnah anda. Kepada Mahasiswa-mahasiswi KK3 yang disayangi, selidiklah dahulu khabar-khabar angin yang datang kerana saya percaya anda semua adalah mahasiswa/i yang bijak menilai!. Jika anda mempunyai masalah teruslah merujuk kepada JIKJTK, tidak perlulah menyumbangkan modal kepada um-today yang hanya pandai memfitnah dan beromong-omong kosong.

Kepada um-today, kami meminta anda membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Profesor Madya Dr Sharifuddin Zainuddin diatas fitnah yang dilontarkan kepada beliau.

Menjana Mentaliti Intelektual

Hidup Mahasiswa!

Muhamad Zaim Mohamed Nor

Presiden Kolej Kediaman Ketiga

Agen SPKUM.

5 comments:

  1. Biasa la tu... pilihanraya kampus dh sekat...

    ReplyDelete
  2. fitnah ketiga. nextttttt! :D

    ReplyDelete
  3. Penfitnah begitu entah bagaimana lah emak bapa mereka ajarkan mereka, hei.Taubat lah

    ReplyDelete
  4. otai 3rd klej sntiasa d blkg pgrusan 3rd..jg igt kami da tmat pngajian xtau pkr yg sdg blku..

    ReplyDelete
  5. spkum smua balaci hep......x adil...berat kpd pentadbiran bkan pada student..isu bas..masih xselesai...bas berlambak...tpi smua xbleh pakai..pakcik bas smua gengster..banyak student merungut..kpada yang dekat ngan pentadbiran..suruh masalah nik diselesaikan..jangan ckap jew..menyesal undi pengerak..ingatkan ada perubahan.gerak pun xgerak..janji tinggal janji...

    ReplyDelete