Tuesday, November 3, 2009

HASIL PERBINCANGAN ISU DEWAN MAKAN

Isu dewan makan kolej-kolej kediaman dilihat mendapat perhatian pelbagai pihak.SPKUM sendiri telah menjalankan kajian dengan mengedarkan borang soal selidik di kolej kediaman ke-3,4,5,7,8 dan 9 untuk mengetahui respon mahasiswa mengenai isu tersebut.Suatu perjumpaan dengan Ayahanda TNC HEPA dan En. Aziz bin Lisot,Pegawai HEP yang menjaga hal ehwal kolej kediaman telah dilaksanakan. Jurucakap SPKUM dan juga Presiden KK11,saudara Fahmi bin Adilah telah berjaya menyerahkan hasil kajian yang telah dilakukan dan statistik berikut telah diserahkan kepada Ayahanda TNC HEPA untuk dikaji,dikembang dan tindakan susulan.

Untuk pengetahuan, Universiti Malaya mempunyai 8 buah kolej kediaman yang mempunyai dewan makan iaitu kolej 1,2,3,4,5,6,7 dan 8. Buat mahasiswa yang menetap di kolej kediaman 1,2 dan 6, dewan makan TIDAK AKAN DITUTUP. Ini bermakna sistem operasi dewan makan yang sedia ada akan diteruskan. Bagi kolej kediaman 3,4,5,7 dan 8, isu ini masih di peringkat perbincangan dan hasil kajian yang dilakukan oleh SPKUM akan dibawa ke Mesyuarat Pengetua dan seterusnya ke Mesyuarat Dewan Asrama-Asrama(DAA) yang dipengerusikan oleh Naib Canselor. Keputusan seterusnya akan diputuskan oleh Lembaga Pengurusan Universiti(LPU).

Situasi di kolej ke-9 berbeza kerana kolej itu baru sahaja menutup operasi dewan makan sesi ini.
Hasil daripada kajian, 83% responden yang terdiri daripada mahasiswa kolej kediaman ke-9 mahukan sistem dewan makan beroperasi semula. Suara rintihan mahasiswa ini telah pun kami serahkan kepada Ayahanda dan En. Aziz Lisot. Pihak pengurusan kolej 9 sendiri akan menyerahkan laporan berkenaan ketiadaan isu dewan makan dalam masa terdekat ini. Hasil kedua-dua laporan daripada SPKUM dan pengurusan kolej 9 ini akan dijadikan kayu pengukur dalam menentukan samada dewan makan akan ditutup atau tidak.

Berdasarkan laporan SPKUM, hasil yang didapati adalah berbeza mengikut situasi dan keadaan di kolej kediaman masing- masing.Terdapat sebilangan besar yang mahukan dewan makan tidak ditutup dan terdapat juga sebilangan yang mahukan sistem operasi dewan makan ditutup. Hal ini kerana keadaan,persekitaran dan mahasiswa itu sendiri berbeza mengikut kolej kediaman masing- masing.

Walaubagaimanapun, diharap apa jua keputusan yang diambil tidak akan sesekali membebankan mahasiswa. Bagi mahasiswa yang menetap di kolej kediaman yang tidak mempunyai dewan makan seperti 9,10,11 dan 12, isu mengenai peningkatan taraf perkhidmatan kafe-kafe juga telah diutarakan. Perkhidmatan yang bermutu dan efisien hendaklah dilaksanakan oleh setiap pengusaha kafe-kafe di kolej kediaman.Harga yang ditetapkan juga hendaklah bersesuaian dengan kondusi mahasiswa.

SPKUM berharap agar semua pihak bertenang dan tidak terburu-buru dalam menyelesaikan permasalahan ini.SPKUM tidak menjanjikan untuk menjadi pahlawan ulung di universiti ini,tetapi kami menjanjikan bahawa suara mahasiswa,suara keramat. Kita dapat saksikan bagaimana Presiden kolej berhempas pulas,JTK/JIK berjuang dalam membela nasib,keluhan dan rintihan mahasiswa.SPKUM ingin menegaskan bahawa isu ini hendaklah dilihat daripada sudut yang positif dan tidak diperalatkan oleh mana-mana pihak.

MAHASISWA PENGGERAK MASYARAKAT

2 comments:

  1. kami dah x tahan dgn masalah yg melanda 4th ni. dgn isu makanannyer, isu renovate lg. sgt x logic duduk bilik yg sempit dr 3 org kpd 6-7 org,baek sewa rumah.kami bukan ikan sardin yg boleh sumbat byk2 dlm tin. dah tak tahu nak ngadu kat sape. harapkan JTK, JTK senyap, harap MPMUM...???? NTAH LERRR....

    ReplyDelete
  2. Pelajar yang meminta sistem dewan makan ditutup disebabkan daripada pelbagai aspek yang saya "discovered" daripada rakan2 dan penghuni2 lain..

    1) Mereka tidak suka cara masakan staf dewan makan.
    2) Suka memilih makanan.
    3) Tiada pengalaman dalam penginapan asrama.
    4) Mereka rasa makanan itu menyebabkan mereka selalu sakit.

    Semua ni disebabkan pelajar itu sendiri, saya berasa mereka adalah golongan mementingkan diri sendiri. Golongan ini akan memperbesarkan hal2 yang kecil dan selalu menyusahkan orang lain.

    ReplyDelete