Monday, November 9, 2009

JTK Bukan 'Playsafe'.


Mengulas lanjut mengenai kenyataan beberapa pihak yang menyatakan jawatankuasa tindakan kolej (JTK) dan jawatankuasa induk kolej (JIK) ‘senyap’ dan ‘playsafe’ dalam menangani isu pelajar berkaitan masalah renovasi blok B dan D di kolej kediaman Bestari dilihat satu propaganda pihak tidak bertanggungjawab untuk mengkucar kacirkan kedamaian dan keharmonian di kolej kediaman Bestari ini.

Untuk menjawab beberapa kenyataan yang telah diutarakan oleh pihak yang menggelarkan diri mereka Persatuan Penghuni Menderita(PPM) dan sehingga kini tidak pernah menunjukkan diri mereka dan hanya berani menyebarkan poster dan risalah sahaja.

Pihak JTK sendiri tidak pernah menerima sebarang surat yang telah dihantar oleh mana –mana pelajar mengenai isu renovasi ini.

Manakala perjumpaan pelajar dengan pihak pengurusan yang telah diadakan pada 3 November yang lalu sememangnya telah dirancang lebih awal dan bukan atas dasar terdesak seperti yang diwarwarkan. Perjumpaan ini segera diaturkan oleh pihak JTK selepas segala aspek mengenai kedudukan pemindahan pelajar ke dari blok B ke blok C dan blok A diambil kira dan permohonan kepada JPPHB untuk menyiapkan semua proses renovasi blok D pada hujung bulan Disember bagi mengelakkan pelajar lelaki terpaksa berpindah ke blok pelajar perempuan yang akhirnya boleh mendatangkan kepadatan penghuni di kedua-dua blok bangunan terbabit.

Pihak pengurusan kolej yang faham akan situasi ini turut mengambil langkah untuk memohon penundaan tarikh penyerahan blok B dan D untuk tujuan renovasi yang sepatutnya berlangsung lebih awal kepada 23 November 2009 bagi memastikan semua pelajar kolej kediaman Bestari ini berada dalam keadaan selesa sehingga peperiksaan akhir semester selesai.

Renovasi Blok B dan D ini adalah sangat penting sebagaimana yang telah dilakukan terhadap blok A dan C pada semester lepas.Hal ini kerana memandangkan usia bangunan yang agak tua dan struktur asal kekuda yang menyokong bumbung adalah terlalu berat dan agak lama adalah sangat berbahaya kepada struktur bangunan dan penghuni yang mendiami bangunan tersebut.Selain itu pendawaian semula pada kedua-dua blok ini adalah satu langkah selamat bagi masa hadapan berikutan peningkatan penggunaan kuantiti voltan pada masa sekarang .

Saya merasakan,kenyataan dari Exco Kolej Kediaman dan Penginapan Luar Kampus iaitu saudara Mohd Fadzil Bin Jamal yang mencadangkan proses penaiktarafan ini dilakukan pada cuti akan datang adalah kurang relevan kerana ia melibatkan pembaziran masa,kerana kolej kediaman terpaksa menghadapi suasana renovasi sebanyak dua kali dan perpindahan pelajar juga akan berlaku dua kali juga.

Berkaitan dengan kewujudan pihak persatuan penghuni menderita(PPM) di kolej ini,saya amat yakin ia hanya di anggotai oleh beberapa orang yang bergerak dalam kelompok kecil dan bertujuan untuk menghuru harakan keadaan.Saya menyatakan demikian kerana,mereka hanya berani untuk menyebarkan risalah dan poster sahaja,tetapi tidak berani untuk menyalurkan ketidakpuashatian mereka melalui saluran yang betul iaitu dengan cara menulis dan memasukkan cadangan mereka ke dalam peti cadangan ataupun untuk lebih mudah bersemuka sendiri dengan JTK mahupun pihak pengurusan.

“ Kami dipihak JTK masih menunggu pengakuan dari “pengerusi dan AJK” PPM tentang sebaran poster dan risalah tersebut dan mengadakan perbincangan mengenai kehendak sebenar mereka. ’Janganlah hanya menjadi seorang yang hanya pandai membaling batu dan sembunyi tangan sahaja. Jika mereka merasakan tindakan mereka ini adalah benar, sila bersemuka supaya isu ini dapat diselesaikan segera.

Sebagai seorang mahasiswa, kita harus sentiasa memikirkan apa yang boleh kita sumbangkan terhadap kemajuan kolej kediaman,universiti dan negara dan bukan sekadar memikirkan apa yang pihak kolej kediaman, universiti dan negara boleh berikan kepada kita.

Ini perlu diaplikasikan dalam kehidupan kita seharian, kerana pada masa hadapan, kita juga akan menjadi sebahagian daripada masyarakat dan jika kita terus bersikap hanya meminta sahaja tanpa pernah bersyukur nescaya kita akan terus ketinggalan dalam arus masyarakat yang sentiasa mengejar arus kemajuan.

Akhir kata,kami pihak JTK dan JIK sentiasa berusaha keras tanpa mengira waktu untuk memastikan kebajikan,keselesaan dan permintaan pelajar dapat dipenuhi,termasuklah penyelesaian isu dewan santapan dan isu keselamatan mahasiswi.Hanya kami harap sedikit kesabaran daripada semua rakan warga kolej sementara semua keperluan ini dapat dipenuhi.


“ILMU HENDAKLAH TINGGI,HATI BIARLAH RENDAH”

Yang Bertanggungjawab,

Mohd Aiman bin Amat Kusin

Presiden Kolej Kediaman Bestari(4).

2 comments:

  1. salam...
    Tahniah kepada JTK/JIK bawah pimpinan saudara Mohd Aiman bin Amat Kusin, Presiden Kolej Kediaman Bestari.

    Bukan senang kita nak menjadi pemimpin yang disukai oleh semua pihak...Saya juga pernah menjadi pimpinan pelajar semasa di sekolah...
    saya percaya ini adalah propanganda pihak tidak bertanggungjawab yang inginkan kedaiaman di kolej bestari hilang.

    saya bukanlah ahli persatuan penghuni menderita, jauh sekali JIK atau JTK..
    agaknya, persatuan penghuni mendarita ini tidak tahu bersyukur, masih ada tempat untuk menginap walaupun terpaksa berkongsi bilik, lebih baik berkongsi bilik daripada terpaksa tinggal di surau seperti yang berlaku di kolej kediaman lain kerana berdasarkan pengalaman kawan saya "tinggal di surau amat memeritkan"..

    pelik bila saya fikirkan, sedangkan oang yang bangun untuk mempertahankan hak ini saya lihat semuanya bertudung labuh yang kononnya tinggi ilmu agama dan mungkin ada beberapa orang yang tidak bertudung labuh (bagi perempuan..wah, bila bercakap soal hak, hebat sekali...
    (saya juga berada bersama semasa sesi perjumpaan Pengetua KK4 dengan warga kolej tetapi hanya melihat abang2 dan kakak2 yang membuat komplen)

    saya bersetuju dengan pendapat saudara Aiman..sedangkan pemimpin negara juga pernah berhujah "jangan tanya apa negara boleh bagi pada kita tetapi tanya apa yang kita boleh sumbangkan pada negara...

    dalam Islam sendri ada menyatakan "tangan yang memberi adala lebih baik daripada tangan yang menerima", jadi buat apa kita meminta-meminta sedangan jumlah yang kita bayar tidak seberapa..

    tolonglah sedar dan bersyukur dengan nikmat ALLAH swt..Jangankan sehingga ALLAh menarik semula nikmat yang diberikan, baru kita merasa kerdilnya manusia tanpa nikmat ALLAH SWT...

    MAaf, andai komen saya ni agak pedas..Kepada senior2 tunjukanlah teladan yang baik..

    cadangan kepada pihak JIK/JTK - kalo mereka rasa JTK/JIK playsafe, apa kata suruh je org yang bercakap macam tu jadi JIK/JTK sesi hadapan..tapi sudah tentu pemilihan dibuat berdasarkan kelayakkan dan bukan sebarangan orang bukan...

    saya cuma mendoakan yang terbaik buat Kolej Kediaman eempat, walaupun masa 1st time masuk sini , "ala kolej ni buruk la"..ituah ayat yang terdetik di hati saya..

    tapi tak bermakna saya tak suka...saya redha ditempatkan di sini...
    setelah satu semester saya di sini, baru saya sedar yang BARU TAK SEMESTINYA INDAH, LAMA XSEMESTINYA SENTIASA MEMBUAT HATI GUNDAH...

    dari warga yang sayang 4th..

    ReplyDelete
  2. MPMUM mencari isu sebelum tamat tempoh expired.. sblm nie dok tido je.. Mai sini kwn nk habaq.. Kes yg same dh berlaku kt sume kolej kalo nk tau.. geng2 JTK ni la yg dok bt keje.. siang mlm.. try tanye kolej 2,3,7. Renovation ni dibuat atas dasar keselamatn..dh berpuluh-puluh thn xtukar..n renovation ni atas kuasa JPPHB.. bkn kolej ye kalo nk tau.. kolej 3 dh hbs renovate wiring..kalo sume mati terbakar sape nk tanggung..mpmum nk tanggung ke..confirm2.. muke2 ni la yg cabut dl....diorang baru perasan bende ni sebab sblm ni dok tidoq je.. Adoyai kesian2.. bercakaplah atas dasar tahu n memahami..bukan dok hentam je.. persatuan penghuni derita ni trn x time jmpe master.. takut dok ckp2 blakng je pandai..kalo dh menderita sgt kuar je kolej..kolej pn xnak korang..menyusahkan je ..wakakaka...M-P-M-U-M :P

    ReplyDelete