Thursday, December 31, 2009

KURSUS MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN INSANIAH MAHASISWA UM

Pada 26 hingga 28 Disember 2009 yang lalu, telah dilaksanakan KURSUS MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN INSANIAH MAHASISWA anjuran Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni Universiti Malaya, Seksyen Pembangunan Aktiviti Pelajar(Latihan Dan Kepimpinan), di DUSUN ECO RESORT,Bentong,Pahang.Kursus ini dihadiri seramai 29 orang pemimpin pelajar daripada setiap kolej kediaman.
Kursus ini disifatkan sangat bermakna kerana telah memberikan pelbagai input berguna untuk terus memperkasakan kemahiran diri dari sudut kepimpinan.Program selama 3 hari 2 malam ini diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah,LDK,Paintball,aktiviti membuat rakit dan banyak lagi.Antara penceramah yang hadir dalam kursus ini adalah Prof Madya Dr Mohd Sahar Yahya dengan ceramah yang bertajuk ``JATI DIRI MAHASISWA`` seterusnya Encik K. Purniamurthy Ketua Penolong Pendaftar Kanan HEP dan Alumni UM dengan tajuk ``KEPIMPINAN INTELEKTUAL``,Encik Wahid Jais ``MAHASISWA BERTAMADUN``,Encik Hashim Abd Ghani``KEMAHIRAN BERKETERAMPILAN`` serta yang terakhir adalah amanat daripada Prof. Madya Datuk Dr Azarae Hj Idris seterusnya merasmikan kursus ini.

Selain itu, ceramah-ceramah yang telah diberikan merupakan suatu pakej lengkap yang perlu dimiliki oleh setiap kepimpinan.Pemimpin yang kita mahu lahir pada masa hadapan adalah pemimpin yang berfikir secara intelektual tanpa melibatkan emosi yang melampau.Selain itu aktiviti luar seperti paintball dan membuat rakit mendedahkan kepada pemimpin bagaimana strategi dalam menghadapi peperangan serta kemahiran dalam membuat sesuatu perkara.Pengisian di dalam LDK juga dilihat sangat baik untuk memastikan pemimpin mahasiswa ini tidak hanya sekadar lantang bersuara dan petah dalam berkata-kata tetapi juga melaksanakan apa yang mereka ucapkan dan kreatif dalam pemikiran mereka.Mulia manusia kerana berpegang pada janji.
Pemimpin mahasiswa haruslah bersedia membawa perubahan ini untuk memastikan pimpinan akan datang dapat dibentuk dengan lebih inklusif dan mempunyai pakej yang lengkap sebagai pemimpin.Kekuatan mahasiswa ini bukan sekadar lahir di bilik-bilik kuliah tetapi juga lahir dalam setiap perkara dan bidang yang mereka ceburi semasa masih berada di Universiti.Dalam ucapan dan amanat daripada Ayahanda TNC HEPA dalam kursus ini beliau amat menitik beratkan mengenai kemahiran insaniah yang mana kemahiran ini berada dalam diri setiap manusia dan yang membentuk kemahiran ini adalah manusia itu sendiri.Jasad kita bukanlah diri kita yang sebenar tetapi diri kita yang sebenar adalah ruh di dalam diri kita.Begitu juga dengan kejadian manusia percantuman diantara jasad dan roh akan menjadi nyawa yang sangat berharga di dalam kehidupan manusia.

MAHASISWA PENGGERAK MASYARAKAT

4 comments:

  1. gud luck to all pemimpin2 kolej!!:-P

    ReplyDelete
  2. suma ni budak2 penggerak aje...hahahahahaha

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Saya adalah pegawai bahagian kediaman pelajar di UniKL BMI. Saya bercadang untuk menjemput 2 org wakil dari pemimpin kolej kediaman utk program bersama AJK hostel UniKL BMI pada 2-5 Julai di Tasik Raban, Lenggong, Perak. Program ini bertujuan untuk membina modal insan dan kepimpinan dikalangan AJK hostel UniKL BMI. Saya inginkan pelajar dpat berkongsi masalah dan idea di dalam program tersebut. Saya akan sediakan 1 slot bersama 2 org wakil saudara utk menyampaikan idea tentang pengalamn di kolej kediaman UM.

    Sekian terima kasih.
    jamaliah@bmi.unikl.edu.my

    ReplyDelete