Kursus ini disifatkan sangat bermakna kerana telah memberikan pelbagai input berguna untuk terus memperkasakan kemahiran diri dari sudut kepimpinan.Program selama 3 hari 2 malam ini diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah,LDK,Paintball,aktiviti membuat rakit dan banyak lagi.Antara penceramah yang hadir dalam kursus ini adalah Prof Madya Dr Mohd Sahar Yahya dengan ceramah yang bertajuk ``JATI DIRI MAHASISWA`` seterusnya Encik K. Purniamurthy Ketua Penolong Pendaftar Kanan HEP dan Alumni UM dengan tajuk ``KEPIMPINAN INTELEKTUAL``,Encik Wahid Jais ``MAHASISWA BERTAMADUN``,Encik Hashim Abd Ghani``KEMAHIRAN BERKETERAMPILAN`` serta yang terakhir adalah amanat daripada Prof. Madya Datuk Dr Azarae Hj Idris seterusnya merasmikan kursus ini.

Selain itu, ceramah-ceramah yang telah diberikan merupakan suatu pakej lengkap yang perlu dimiliki oleh setiap kepimpinan.Pemimpin yang kita mahu lahir pada masa hadapan adalah pemimpin yang berfikir secara intelektual tanpa melibatkan emosi yang melampau.Selain itu aktiviti luar seperti paintball dan membuat rakit mendedahkan kepada pemimpin bagaimana strategi dalam menghadapi peperangan serta kemahiran dalam membuat sesuatu perkara.Pengisian di dalam LDK juga dilihat sangat baik untuk memastikan pemimpin mahasiswa ini tidak hanya sekadar lantang bersuara dan petah dalam berkata-kata tetapi juga melaksanakan apa yang mereka ucapkan dan kreatif dalam pemikiran mereka.Mulia manusia kerana berpegang pada janji.

MAHASISWA PENGGERAK MASYARAKAT
gud luck to all pemimpin2 kolej!!:-P
ReplyDeleteBESAR TEGUH AMANAH
ReplyDeletesuma ni budak2 penggerak aje...hahahahahaha
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteSaya adalah pegawai bahagian kediaman pelajar di UniKL BMI. Saya bercadang untuk menjemput 2 org wakil dari pemimpin kolej kediaman utk program bersama AJK hostel UniKL BMI pada 2-5 Julai di Tasik Raban, Lenggong, Perak. Program ini bertujuan untuk membina modal insan dan kepimpinan dikalangan AJK hostel UniKL BMI. Saya inginkan pelajar dpat berkongsi masalah dan idea di dalam program tersebut. Saya akan sediakan 1 slot bersama 2 org wakil saudara utk menyampaikan idea tentang pengalamn di kolej kediaman UM.
Sekian terima kasih.
jamaliah@bmi.unikl.edu.my
Cool and that i have a keen give: How Many Home Renovation Shows Are There house renos
ReplyDelete