Friday, January 1, 2010

Isu Kenaikan Yuran Kolej Kediaman Kinabalu(Kelapan)


Mengulas lanjut mengenai kenyataan berhubung dengan perkara kenaikan yuran Kolej Kediaman Kelapan, pihak Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) dan Jawatankuasa Induk Kolej(JIK) telah mengenengahkan isu ini terlebih dahulu setelah mendapat banyak aduan daripada penghuni kolej kediaman.


Satu perjumpaan antara pengetua kolej dan Majlis Tertinggi JTK telah diadakan pada 30 Disember 2009 bagi membincangkan isu ini. Hasil perbincangan mendapati terdapat kesilapan teknikal dalam pengiraan jumlah hari pelajar menginap di kolej bagi semester 2. Bilangan minggu yang sepatutnya 7 minggu telah disalahkira menjadi 10 minggu.


Pihak pengurusan kolej telah menetapkan jumlah yuran kolej bagi semester ini adalah RM1260 dan lebihan akan dipulangkan dalam kadar yang segera. Kami pihak JTK telah mengeluarkan notis bagi menjelaskan segala persoalan penghuni kolej kediaman . Jadual tentang kadar caj yuran semester 2 menjelaskan tentang jumlah sebenar yuran penginapan kolej kediaman kinabalu.


Mengulas mengenai kehadiran wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya(MPMUM) dan demonstrasi di kolej kelapan,ketika kehadiran wakil MPMUM tersebut ,Setiausaha JTK kolej kediaman telah menjelaskan mengenai isu tersebut kepada pihak MPMUM tetapi penjelasan tersebut tidak dinyatakan di dalam kenyataan mereka di dalam web Malaysiakini.com dan um-today.com.


Pihak MPMUM seharusnya menggunakan cara yang lebih berhemah sebagai seorang mahasiswa, bukannya dengan cara membuat demonstrasi di kolej kediaman. Tambahan pula, hanya segelintir pelajar yang menyertai demostrasi tersebut dikalangan penghuni kolej kediaman kelapan dan selebihnya merupakan pelajar luar.

Demostrasi ini mengganggu ketenteraman penghuni kolej dan pihak MPMUM tidak mempunyai sebarang surat bertulis hitam putih, yang memberikan mereka kebenaran untuk memasuki pejabat kolej kediaman. Tindakan ini mencerminkan pihak MPMUM tidak professional dalam menyelesaikan masalah mahasiswa.


Akhir kata, pihak pengurusan kolej berharap agar semua penghuni kolej kediaman bersabar dan memberi jaminan bahawa masalah ini akan diselesaikan secepat yang mungkin. Segala kesulitan amatlah dikesali. Moga isu ini tidak menjejaskan pembelajaran anda bagi semester ini. Selamat tahun baru 2010 dan selamat melangkah ke semester baru.


Sekian,terima kasih.


Yang Bertanggungjawab,


Dzul Fahmie bin Abd Rahman,

Presiden JTK Kolej Kediaman Kinabalu(Kelapan).


MAHASISWA PENGGERAK MASYARAKAT

3 comments:

  1. terus berjuang demi kebajikan mahasiswa

    ReplyDelete
  2. yeke ada banyak aduan dari penghuni kolej?

    ReplyDelete
  3. macamana leh silap kira? kitorang yang baru 3tahun duduk kat kolej pun bleh hafal bpe rm yuran...so korang tersilap or wat2 silap...pk la...duit haram tetap haram....

    ReplyDelete