Friday, January 29, 2010

Pro-Aspirasi rampas semula Universiti Malaya

Kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) hilang penguasaan di Universiti Malaya (UM) apabila tewas di tangan musuh tradisinya pro-Aspirasi (pro-A) dalam pilihan raya kampus universiti berkenaan hari ini.

Bagaimanapun, kekalahan tipis kumpulan itu akibat kemerosotan penguasaan kerusinya daripada 19 pada tahun lalu kepada 17 pada tahun ini.

Manakala pro-A - dikenali juga sebagai Penggerak Mahasiswa - hanya menambah 1 kerusi sahaja daripada 20 kepada 21 pada tahun ini.

Calon bebas pula mendapat tambahan kerusi daripada 2 kepada 3 pada tahun ini.

UM me
mpertandingan 41 kerusi - 32 fakulti dan 9 umum - dalam pilihan raya kampusnya kali ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Naib Canselor Prof Datuk Ghauth Jasmon di Dewan Tunku Canselor kira-kira jam 7 petang tadi.

Jawatankuasa pemilihan kampus membenarkan peluang kepada calon yang bertanding untuk membuat rayuan.

Hari ini, tiga kampu
s utama - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - turut mengadakan pilihan raya kampusnya

Keputusannya dijangka diperolehi lewat malam ini.

Kelmarin, pro-M turut tewas dalam pilihan raya kampus di Universiti Putra Malaysia (UPM).-www.malaysiakini.com

7 comments:

  1. blog pon x update, pe cer??

    ReplyDelete
  2. blagak ar korg..korg ingt korg dh mng ker??kte tgggu dan lihat k..korg klo stkat mng dgn tipu bek xpyh..xde kls laaa...aku yakin kte akn ade PRK balik k..korg jage jelah PAGAR ksayangan korg 2..

    ReplyDelete
  3. xkira siapa menang atau kalah...saya harap kedua2 belah dapat beri kerjasama dlm pembangunan agama yg utama...
    maaf andai saya terlancang, tetapi mengapa ramai yg berharap pro-M menang kerna mereka berani untuk mengatakan tidak pada sesuatu perkara yg salah...bukan hanya tunduk dan ikut saja...
    sebagai pemimpin anda harus tahu bgaimana untuk pimpin diri anda, barulah keseluruhannya akan terpimpin...insyallah...
    ...saya sebagia pihak yg sentiasa mendengar dan memerhati...
    wassalam...

    ReplyDelete
  4. Woi...apasal aku baca mcm basi jue???rasa mual ja perut aku bila baca berita korang...woi,ayam daging kerajaan!!!jangan jadi mahasiswa bodoh ibarat dok dalam kaca.nampak kezaliman tapi sengaja membutakan mata..bila mahasiswa nak jadi matang???

    ReplyDelete
  5. Rilek la... xyah la emo2... gua pn x suka penggerak menang... Dem

    ReplyDelete
  6. Hidup atau Mati Pun Anak PenggerakFebruary 1, 2010 at 7:59 PM

    Hey rilek bro... Kalu ang matang sgt asal bhs ang kesat sgt.. Setahu aku, benda2 sume ni tak diajar dlm Al-Quran kepada penganut-Nya...

    ReplyDelete
  7. menang guna sistem tipu baik tak payah. Woi..korang tak malu ke? kerajaan hantu!

    ReplyDelete